Isnin, Jun 30, 2008

Salam Perpisahan

Salam Perpisahan utk PKHEM


BACA SETERUSNYA...

Orang Kuat j-QAF SK Hosba

Ini 'ustazah baru'. Ambilan 2008.

Ustazah ni ambilan 2007. Sekarang takdak kat sekolah. Sedang sibuk di Institut Perguruan Perlis, Perlis.

Arrr...Yang ni pulak orang tak berapa kuat tapi nampak macam hebat. Bab nak 'menambah' serah kat dia..


Di di bawah sekali ni, ni lah Pengerusi j-QAF SK Hosba. Hebat di dalam mengorganisasi j-QAF sekolah kami. Bab apa yang dia taktau. Sebut saja, P&P? KBS? KLAQ? semua dalam kepala dia ja. Nak bahan? Semua di dalam pen drive dia saja :-)

Inilah barisan tenaga penggerak di SK HOSBA. Kalau j-QAF SKH hebat pun, mereka inilah puncanya. Dan kalau j-QAF tak hebat pun, mereka inilah penyebabnya. Wallahuaklam...


BACA SETERUSNYA...

Penolong Kanan HEM Bertukar dan Naik Pangkat

Hari ni hari terakhir PKHEM bertugas di SK Hosba. Beliau bertukar ke Kulim. Naik pangkat jadi Guru Besar. Best la dia. Sekolah mana tu tak perasan la pulak. Nanti esok lusa nak tanya dia sekolah mana.

Nanti tengahari ada majlis perpisahan bersama murid-murid dan juga guru-guru. Walaupun tugas beliau di bahagian HEM, namun j-QAF SKH terasa kehilangan juga. Beliau adalah seorang pemimpin yang berwibawa, berbudi bicara, boleh di bawa berbincang dan lain-lain lagilah. Pendek kata...beliau memang besttt lah. Bertuahlah sekolah mana yang dapat beliau menjadi guru besar.

Tahniah kepada En. Md 'Akib bin Ahmad. Jalankanlah tugas yang diamanahkan dengan cemerlang seperti di SK Hosba ini. Kepada sekolah yang beliau akan bertugas di Kulim nanti, jaga cikgu kami tu elok-elok tu nooo...:-)


BACA SETERUSNYA...

Ahad, Jun 29, 2008

Data E-Pelaporan j-QAF 2008

MS MC MS BM MC...last2 sekali mintak MC kat doktor.

Kami sekolah2 j-QAF Kubang Pasu baru ja menyerahkan data kepada PPDKP. Pinau jugak sekali nak lengkapkan semuanya. Tambah2 pulak kalau ada 'error'. Kalau takdak 'error' alhamdulillah la. Apa2 pun semuanya telah selamat buat masa ni..:-)


BACA SETERUSNYA...

Kem Bestari Solat.















Bestari oh Bestari..

Seperti biasa KBS perlu diadakan pada tahun ini. Tapi masalahnya duit tak adaaaaaaa... Tak pasti pulak bila nak dapat duit tu. Dah 2 kali KBS dilakukan dengan duit terhutang.


Untuk KBS3 ni rasanya tak boleh nak berhutang sangat dah. Takut tak terbayar pulak..:-)


BACA SETERUSNYA...

Ahlan Wasahlan

Ahlan Wasahlan kepada semua warga j-QAF dan warga pendidikan sekalian. Blog ini direka untuk paparan sebarang aktiviti yang j-QAF SK Hosba lakukan.


BACA SETERUSNYA...