Khamis, April 30, 2009

Akukah Pengail Itu?


Akukah Pengail Itu?

Di kala sang suria asyik melabuhkan tirainya
Sang Pengail pula masih tekun mencari hasil
Agar tidak mengecewakan Si Pemerhati
Yang pastinya mengharapkan hasil yang lumayan

Aku merenung diriku sendiri
j-QAF Tanpa Gagal masih kusemat di hati
Cuma setahun lagi menanti
Bak suria sedang berlabuh
Tekad, azam dan usaha tak pernah luntur
Bak Pengail dengan jorannya
Agar aku tak mengecewakan mereka
Mereka yang memerhatikan pelaksanaanku
Mereka yang meletakkan harapan yang tinggi padaku.

Ya Allah,
Hanya padaMu kumeminta
Hanya padaMu kumerayu
Hanya padaMu kumenyerah
Hanya padaMu segala-galanya

Dalam resah dan gelisah kumerenung sendiri
Akukah Pengail itu?

Nukilan : Mohd Isa (Ibnu Abi)
Senja di tasik Pendang Lake Resort
22 APRIL 2009


BACA SETERUSNYA...

Ahad, April 26, 2009

Kem Motivasi Jati Diri Tahun 6/2009 - Pendang Lake Resort BEST! (updated)

22-23 April (Rabu-Khamis), telah diadakan Kem Motivasi Jati Diri untuk murid tahun 6 SK Hosba diadakan di Pendang Lake Resort. Ringkas cerita, untuk memberi keyakinan diri kepada murid-murid untuk menghadapi UPSR yang bakal menjelang.

Hari Pertama.
Kaunter Pertanyaan yang sentiasa ceria menerima kehadiran tetamu.
Pemandangan indah di sekitar tasik. Boleh buat aktiviti berkayak dan flying fox bagi sesiapa yang berminat. Memancing pun boleh.
Lagi pemandangan di sekitar tasik. Tempat parking pun luas.
Blok penginapan kami. Best! Macam hotel. Murid pulak macam biasa, dalam dorm la depa tu..
Wajah peserta ketika kami (SKH) menyerahkan mereka kepada consultant.
Pagi rabu hingga pagi Khamis, kami menyerahkan aktiviti program kepada consultant. Gambar di atas, Ust Mokhtar bersama seorang fasinya.
Lagi 2 orang fasi. Tak rugi ikut Ust Mokhtar, tambah pengalaman.
Lagi 2 orang fasi. Minum je ke? Bihun ada tu...
Kanan, kelihatan PK1 Pn Hjh Siti Mariam sedang bersarapan. Beliau turut berkampung 2 hari 1 malam di Pendang Lake Resort.
Manakala di sebelah kiri, Cikgu Masniza Saleh, Penyelaras Program. Hebat beliau ni...

Makan bufet. Kena tadah minuman sendiri.
Peserta sedang menjamu selera. Dah baca doa ke belum tu?
Berselera nampaknya adik-adik kita. Sedap ke?
Riadah petang bersama abang-abang dan kakak-kakak fasilitator. Enjoy betoi budak-budak tu.
Budak-budak buat aktiviti, kami urusetia outing kejap. Jom ke pekan Pendang. Kita tengok apa yang ada.
Cikgu Saodah sedang mempromosikan mee karinya. Ni ketika kami pakat outing ke pekan Pendang untuk memesan makanan peserta. Alang-alang dah keluar, singgah menjamu selera dulu. Sedap jugak makanan kat sini. Jangan lupa kalau datang ke Pendang, singgah la medan kat depa Petronas. Promote sikit. Hehe..

Penulis pesan mee rebus. Tiru Abg Fizi order. Hehe!

Abg Fizi dan mee rebusnya. Yang lawaknya, kami tanya orang kat mana makanan sedap. Orang tu bagitau kat gerai ni mee goreng sedap. Tapi bila kami duduk, sorang pun tadak yang order mee goreng. Apa punya pesen daa..

Malam Muhasabah Diri.Siapa nak jaga ayah bila ayah dah tua nanti? Peserta tidak dapat menahan sebak. Berguguran air mata keinsafan.Oh Ayah! Oh Ibu! Anakmu ini memohon restumuSelama ini...
Ku Mencari-cari
Teman Yang Sejati
Buat Menemani
Perjuangan Suci


Abg Fizi (berkain pelekat) sedang bersantai di depan bilik penginapan. Kelihatan Sir Ismail dan Cikgu Roshidi menziarahi kami. Terima kasih buat kalian. Tiada apa yang boleh kami kasi melainkan roti planta dan drinking water. Hehe!

Hari Kedua.

Merentas Halangan
Panaskan badan dulu sebelum melakukan aktiviti lasak. Kang cekang urat pulak. Maklum la. Urat dah lama. Hehe!
Peserta sedang memanaskan badan. Bersemangat sungguh depa. Kuat betoi! Padahal semalam langsung tak tidur. Pulun bersembang...
Merentas halangan pertama. Berjalan di atas papan gantung.
Memanjat tembok. Baik-baik. Jangan sampai terjatuh. Kalau terjatuh, bangun sendiri OK!
Lagi halangan yang peserta perlu tempuhi. Best jugak kalau buat ramai-ramai nooo...

Budak-budak ni panggil ni aktiviti 'tarzan'. Lalu diterima pakai istilah ni dalam program kali ni. Ramai jugak yang tak lepas. So, berendam dalam air la nampaknya. Hehe!
Ala tentera merangkak. Mana la tau nanti jadi tentera berpangkat besar.
Bergayut. Yang ni pun ramai yang kantoi. Masing-masing pakat suruh kawan yang buat dulu. Hehe!

Berkayak.


Cikgu Roslee menjadi pengawal keselamatan murid berkayak.
Cikgu Ishak. Juga salah seorang pengawal.
Penulis berkayak sorang-sorang. Juga mengawal murid-murid.
Tengah syok-syok kayak sorang sorang-sorang, Guru Besar panggil ikut kayak dengan dia. Baik Tuan! Saya yang menurut perintah Tuan! Jommm...
Kelihatan Cikgu Nadzir GB SK Hosba sudah bersedia dengan dayung di tangan.


BACA SETERUSNYA...

Sabtu, April 25, 2009

Kursus Sarjan TKRS dan KRS

Kursus Sarjan TKRS
Tarikh : 25-28 MAC 2009.

Tempat : SK Bukit Tinggi
Khemah peserta kursus
Kadet Sedang diuji slot bantu mula
Peserta sedang diuji Ikatan. Sedang diberi tunjuk ajar oleh Lt (KRS) Ku Nizan
Aktiviti rekreasi. Lt (KRS) Hassimah sedang menunjukkan cara untuk membuat roti lilit. Kelihatan penulis selaku pembantu beliau di sebelah.

Aktiviti rekreasi. Peserta kursus sedang memanggang roti lilit, telur kepal tanah, dan ubi keledek bakar. Sambil memerhati, "lalu ke kita nak makan nanti ni. Ish..Ish.."
"Boleh makan ke ni tuan?" "Boleh kadet. Silakan..."
"Eh! Bila dah makan ni, makan tak cukup pulak. Memang tak cukup kalau macam ni. Ikhtiar hidup leh makan macam ni, kira orait la..."
Penulis sedang meneliti fail senarai nama peserta cemerlang kursus.
Segak dan bergaya semua kadet-kadet dengan uniform kawat masing-masing.

Kursus Sarjan KRS
Tarikh : 8-11 APRIL 2009.

Tempat : SBPI Kubang Pasu, Bukit Kayu Hitam.
Kpt (KRS) Khairudin menjadi pembekal ayam pada kali ni.
Lt (KRS) Shahrifizal sedang melihat ayam. Lupa pulak nama ayam tu. Isi n tulangnya hitam. Ar, ayam selasih kalau tak salah. Bakal terkorban ayam ni nanti dalam aktiviti Mencari Arah.
Kpt (KRS) Ishak sedang menunjukkan teknik menyembelih dengan betul. Peserta dikehendaki menyembelih ayam masing-masing. Satu kumpulan seekor ayam.
Ayam terputus kepala! Macam ni ke Ust Ishak ajar? Rasanya bukan macam ni. Mujur ayam ni boleh dimakan.
Salah satu kumpulan mencari arah. Sedang menanti taklimat menyembelih.
Kadet Jamaliah. Bekas murid SK Hosba. Sekarang menuntut di SMK Hosba.
Ketika pegawai-pegawai yang lain menjalankan tugas di atas bukit sana, penulis mengambil kesempatan bergambar kenangan.


BACA SETERUSNYA...

Jumaat, April 24, 2009

Hari Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agong PIBG

Selasa 21 April 2009, berlangsung HAC dan MA PIBG bagi tahun 2009. Majlis berlangsung dengan meriah diselang selang seli dengan persembahan daripada murid-murid SK Hosba.
Acara pertama, paluan kompang sebagai aluan kepada VIP dan hadirin
Persembahan Action Song dikelolakan oleh teacher Sharina and Noor Azah
Gambar di atas kelihatan pasukan nasyid sekolah sedang membuat persembahan.

Sebahagian daripada penerima Anugerah dan para jemputan yang hadir pada hari tersebut.
Waris dari kaum ibu juga tidak ketinggalan turut meluangkan masa pada hari tersebut.
Kelihatan Ust Mohd Firdaus, guru j-QAF SKH sedang membacakan doa memohon rahmat dan keberkatan Ilahi
VIP pada hari tersebut. Di tengah, Guru Besar SK Hosba En Md Nazir, YDP PIBG En Gafar dan Pn Hjh Siti Mariam PK Pentabiran
Petugas-petugas sentiasa bersiap sedia di luar dewan. Di atas kelihatan AJK Siaraya, Persiapan Tempat dan Urusetia.
Gambar di atas, Tuan Guru Besar sedang menyampaikan ucapan perasmian.
Murid-murid cemerlang sedang beratur untuk menerima hadiah. Seronok kan dapat hadiah? Hehe!
=====================================
Mesyuarat Agong
____________
Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2008/2009

Ahli Jawatankuasa baru PIBG sesi 2009/2010
Ustz Norhayati selaku pencatat minit mesyuarat bersama Ustz Shahida
Ustz Shahida selaku pencatat minit terpaksa berada di tepi dewan kerana laptop memerlukan talian hayat.
Bersandar di atas, Abg Wahab selaku juruteknik bertugas.
Tuan Guru Besar sedang menyampaikan ucapan penangguhan.


BACA SETERUSNYA...