Sabtu, Mei 30, 2009

PKSR dan E-Pelaporan Bermula

25 Mei 2009 - Penulis dan Ust Nazri mewakili daerah Kubang Pasu bermesyuarat E-Pelaporan di PKG Sungai Limau. Macam tahun-tahun yang lepas juga. Cuma ada penambahbaikan ja sikit untuk tahun ni.
Hari ni juga PKSR SK Hosba bermula. Penulis keluar dari SK Hosba pukul 12.00 tghari menuju PKG Sungai Limau.
Taklimat diberikan oleh Ust Akmal. Beliau JLU E-Pelaporan Negeri Kedah. Memang mantap taklimat beliau. Tahniah Ustaz..

(gambar ehsan dari blog PPKjQ)

Untuk memuat turun perisian data E-Pelaporan 2009, sila masuk ke SINI


BACA SETERUSNYA...

Rabu, Mei 27, 2009

Program Kecemerlangan Kepimpinan di Paya Pahlawan Lake Resort. Menguji mental dan fizikal.

Tarikh : 20-21 Mei 2009 (Rabu - Khamis)
Tempat : Paya Pahlawan Lake Resort.

Slot 1 : Dikendalikan oleh Ust Mokhtar.



Boleh dengan sehelai kertas ni, badan kita masuk ke dalamnya?
Peserta kursus sedang mencuba menggunakan idea dan kemahiran masing-masing.
Ada yang berjaya! Memang kreatif!
Ni peserta lelaki ni, boleh buat ke tak ni?
Masing-masing menunjukkan kemahiran masing-masing.
Barisan pegawai bertugas dan urusetia kursus di belakang dewan.
Kelihatan di belakang, Tuan Guru Besar turut bersama meluangkan masa di program ini.
Gambaran keseluruhan peserta di dewan pertama.
Peserta dibekalkan zikir munajat oleh Ust Mokhtar.
Peserta sedang membaca zikir munajat.
Penghayatan selaku orang yang memikul tanggungjawab yang besar di sekolah.
Penghayatan oleh peserta lelaki.
Pengawas dari kelas 5 Amanah.
Bersama bersatu hati untuk memikul dan menyempurnakan tanggungjawab yang diberikan.
Keinsafan dan kesedaran dalam memikul tanggungjawab sebagai pengawas dan murid sekolah.
Wajah-wajah bakal pemimpin masyarakat dan negara.
Tidak beriman seseorang daripada kamu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri. -Al Hadis.
Arif dok tengok apa tu?
Keinsafan dan kesyahduan tidak mengira umur dan jantina.
Antara aktivit yang best. Makan! Nak makan, macam biasa la. Baca doa dulu..
Jemput makan semua. Jangan segan-segan. Pakej kita 2 hari 1 malam ni ditanggung pihak sekolah.
Macam sedap ja tengok nasi lauk ayam tu.
Ust Mokhtar turut bersama meluangkan masa makan tengahari ditemani Ust Firdaus dan Abg Fizi.
Slot 2: Dikendalikan oleh En. Hamdan.
Suasana di dewan kedua. Peserta leka mendengar ceramah.
Wajah-wajah ceria peserta kursus.
Bercakap di hadapan penonton, membentuk keyakinan diri.
Pembantu En. Hamdan.
Barisan pegawai bertugas di belakang dewan.
Ust Firdaus dan Abg Fizi turut bersama mendengar ceramah.
Solat maghrib dan kuliah dikendalikan oleh Ust Firdaus.
Peserta sedang mengaminkan doa.
Peserta mengambil tempat sebelum mendengar kuliah maghrib.
Slot 3: Oleh Ust Meor Shahriman.
Ust Meor, bekas pendidik di SK Hosba satu ketika dulu.
Peserta mendengar ceramah sambil dipantau guru bertugas di tepi dewan.
Wajah peserta bersama Ust Meor.
Lagi sebahgian peserta kursus.
Cikgu Khairul Ezrin bertugas 2 hari 1 malam. Turut ditemani anak kecil beliau. Rindukan mamanya la tu.
Berbaju corak, Cikgu Rahim PK HEM turut meluangkan masa malam tersebut.

21 Mei 2009 (Khamis)
Bersedia untuk aksi lasak. Langkah keselamatan perlu diutamakan.
Macam ni kalau dah siap. Tersenyum tapi ketaq ni. Tinggi ooo aktiviti nanti.
Peserta sedang melakukan aktivit abseiling. Baik-baik. Tersalah teknik nanti, tercium dinding tu. Hehe!
Sayup-sayup kelihatan ke bawah. gambar di ambil dari menara abseiling.
Berani ke aku nak turun nanti ni kalau macam ni punya pandangan ke bawah.
Pemandangan indah Tasik Paya Pahlawan. Gambar diambil berhampiran menara abseiling.
Peserta sedang melakukan aktiviti flying fox pulak. Abseiling tadi di bahagian belakang bangunan ni.
Wajah ceria salah seorang peserta. Minat nak buat lagi sekali flying fox tu. Hehe!
Penulis.
2 orang sekali flying. Dengar tak mereka menjerit tu?
Penangan berjaga malam dan siang tak tidur. Ust firdaus. Kami pakat tidur pukul 3.30 pagi, bangun pukul 4.45 pagi untuk Qiamullail.
Selesai dah aktivit. Bersedia untuk bertolak pulang. Cikgu Ishak sedang mengendalikan peserta.
Bas kena ulang alik. Peserta perempuan balik dulu. Yang lelaki ni pakat tunggu dulu la. Ala, 15 minit bas patah balik la. dekat je sekolah kita.
Bas dah sampai. Mari kita melintas!
Pelan-pelan naik tu. Banyak betul barang-barang. Jangan bawak balik bantal chalet sekali sudah la. Hehe!
Ust Firdaus membantu mengangkat barang-barang peserta.
Fazera dok jeling kat sapa tu? Masam semacam ja...
Wajah-wajah ceria bila dapat balik ke rumah.
Pulang bersama tekad dan azam. Salah dan silap harap dimaafkan. Selamat menjalankan tugas buat semua Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.



BACA SETERUSNYA...