Sabtu, Mac 06, 2010

Guru Mungkin Diwajib Berkhidmat Di Sekolah Pendalaman, Kata TPM

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Kerajaan bercadang mewajibkan guru berkhidmat di kawasan pedalaman antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya langkah itu penting bagi mengatasi masalah guru yang enggan mengajar di kawasan pedalaman walaupun kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan insentif sebagai galakan.

"Saya berpendapat dalam tempoh 30 tahun perkhidmatan, mungkin tiga hingga lima tahun, mereka boleh berkhidmat di sekolah kawasan pedalaman sebagai satu kewajipan dan bukan sebagai satu pilihan," katanya dalam program wawancara 'Agenda Awani' siaran Asto Awani pada Selasa malam.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata guru perlu mengambil cabaran itu sebagai satu bentuk khidmat negara kerana akan wujud kepincangan dalam sistem pendidikan negara sekiranya semua guru hanya mahu berkhidmat di bandar.

"Ini sebagai satu cabaran kepada guru untuk berkorban demi kepentingan negara dan berkhidmat di kawasan pendalaman yang memerlukan perkhidmatan mereka," katanya.

Dalam program selama 45 minit itu, Muhyiddin berkata beliau juga komited untuk mengembalikan kecemerlangan sukan di sekolah walaupun ia akan mengambil masa yang agak lama untuk direalisasikan.

Katanya walaupun terdapat sekolah-sekolah yang tidak menpunyai prasarana sukan yang mencukupi seperti padang, ia bukan alasan untuk mengetepikan kepentingan sukan yang juga menjadi faktor penting dalam pembentukan siasah pelajar.

Katanya sasaran itu boleh dicapai dengan kerjasama dari semua pihak termasuk dari badan-badan korporat, universiti dan juga masyarakat tempatan.

"Misalnya kita boleh memeterai perjanjian persefahaman dengan Majlis Olimpik Malaysia supaya mereka boleh memberi tenaga jurulatih untuk membimbing guru-guru sukan di sekolah.

Dalam soal memperkukuhkan pembelajaran dan penguasaan Bahasa Inggeris, katanya, seramai 362 orang tenaga pengajar dari United Kingdom, Australia dan Kanada akan dibawa masuk untuk mengajar Bahasa Inggeris di semua maktab perguruan mulai tahun depan.

-- BERNAMA


BACA SETERUSNYA...

Rabu, Februari 17, 2010

Pejam Celik Pejam Celik

Pejam celik pejam celik, dah tengah bulan Feb 2010 dah. Cepat betul masa berlalu. Blog pun macam tak la lama sangat tak diupdate, tapi rupa-rupanya dah lama benar. Sibuk apa la agaknya :-)


Bermula hari ni, SK Hosba dah mengadakan PKSR 1. Kami bercuti 5 hari ja. Elok juga la. Boleh juga murid-murid ke sekolah. Dari duduk di rumah entah baca ke tidak buku sekolah tu kan. Guru-guru pun entah buat perancangan ke tidak perihal sekolah di masa cuti kan.

Jadi, selamat menempuhi cabaran mendatang khususnya untuk pelopor j-QAF 2005. Penghujung tahun ni, akan menuailah kalian. Jika dibaja, dijaga bagai menatang minyak yang penuh, hasil tuaian pasti membanggakan. Namun, jika tidak, maka sebaliknyalah.

Bertiup kencang perihal j-QAF di masa depan. Apapun, urusan perancangan itu kerja mereka.Kata Ust Nazri SK Anak-Anak Angkatan Tentera, tak perlulah kita terlalu ingin mengambil tahu. Lakukan tugasan kita, itu yang lebih baik.


BACA SETERUSNYA...

Sabtu, Ogos 22, 2009

Rehlah ke Kelantan

Tarikh : 6 hingga 8 OGOS 2009
Hari : Khamis hingga Sabtu
Sampai di Kota Bharu pukul 4 pagi. Dekat pukul 5 pagi dah dapat bantal. Pastu pakat bangun awal. Masing-masing bersemangat.



Sarapan dulu apa cerita pun. Disponsor oleh Pengetua SMK Dato Ahmad Maher merangkap ayah cikgu Wan Ruhil. Alhamdulillah dapat makan free.

Pakat bersarapan dengan releks. Takdak apa nak dikejarkan. Kedai pun tak bukak lagi kalau nak serbu shopping pun. Hari ni Jumaat pulak. Tak banyak kedai yang bukak.
Menjamah bekal sarapan pagi tadi. Ni suasana sebelum ke masjid Kubang Kerian untuk Solat Jumaat.
Suasana di dalam masjid. Gambar di atas, kami baru selesai melawat anak Tn Hj Ismail di Hospital USM Kubang Kerian.
Juadah istimewa yang disediakan oleh ayahanda cikgu Wan Ruhil. Macam2 ada... Bihun ada. Buah pala ada. Kuih akok ada. Tak puas makan yang dihidang, kami masuk belukar di belakang rumah pulak melihat sendiri dusun buah-buahan.
Ahli rombongan sedang menjamu selera. Tak cukup makan di sini, siap bekalkan pula untuk kami. Baik sungguh..
Yang lelaki sedang menjamu selera di bawah kanopi, yang perempuan mengambil kesempatan naik ke rumah beramah tamah. Sempat shopping lagi kain batik sorang 3 4 helai. Kain batik Terengganu.
Bergambar kenangan di hadapan rumah cikgu Wan Ruhil.
Giliran peserta lelaki pulak. Di tengah-tengah tu la ayah cikgu Wan Ruhil. Masih gagah lagi..
Keluar daru rumah cikgu Wan Ruhil, kami menuju ke tempat pembuatan serondeng. Nak rasa serondeng Kelantan pulak. Kelihatan jalan mini tar yang sempit di hadapan. Tapi bas gagah masuk jugak. Akhirnya, tersangkut! Turun bas pulak pakat dok tengok pacat di betis. Bas terpaksa reverse beratus meter ke belakang kerana tiada ruang untuk 'U turn'.
Di kilang serondeng.
"Shopping jangan tak shopping. Jauh kita mai ni". Takkan nak beli sikit kot. Ramai nak rasa ni.
Bersantai di Pantai Sri Tujuh. Best jugak ambik angin pantai. Takdak sapa yang mandi. Kami lepak pekena ayam goreng ja habuan lapik perut.
Malam ni Wakaf Che Yeh. Syurga shopping jugak sini pun. Ada duit jenuh membeli la. Gambar di atas sewaktu kami jumpa orang jual ubat. Pakat urut sorang seround, hilang lenguh-lenguh belakang.
Ni gambar peserta perempuan dah pakat lenguh dah di Wakaf Che Yeh. Masa untuk shopping sehingga pukul 11 malam. Tapi belum pukul 11 dah pakat tunggu kat bas dah. Penat ke kak? Hehe!
Penat shopping semalam, balik tidur pagi ni dah ceria balik. Bersedia untuk shopping lagi di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.
Pakat menunggu peserta lelaki turun dari hostel dengan penuh sabar. Peserta lelaki belum mandi, yang perempuan dah turun dah. Semangat betul depa ni. Haha!
Sebelum pulang ke Kedah, sempat 'bekwah' dulu di rumah saudara cikgu Masniza. Serba tak kena. Tak pi pun tak kena. Pi pun tak berapa nak kena. Mujur cikgu-cikgu perempuan sporting dan tak protes. Sebab tak bersedia untuk makan kenduri pun. Pakat tak bawak baju kurung.
Singgah di masjid sebelum sampai Kebun Bunga. Solat jamak dulu. Pakat letih dah semua. Jangan driver pun letih jugak sudah la. Letih-letih pun, jangan lupa esok sekolah tau! Sat lagi pakat ambik MC pulak. Hehe!


BACA SETERUSNYA...

Rombongan Ke Modenas dan Carnivall

Tarikh : 16 Julai 2009.
Hari : Khamis.
Bertolak : 8.30 pagi

Gelagat anak-anak dapat naik bas beramai-ramai



Guru pengiring. Cikgu Zaiton dan cikgu Azlina
Lagi sorang pengiring, Cikgu Roshita.
Seronok nampakkk..
Berkawan dengan budak-budak la kita hari ni. Friendly
Bersedia untuk mendengar taklimat oleh pihak Modenas


En Amri, mewakili Modenas mengalu-alukan kedatangan kami.
Blok pertama. Quality starts from ME.
Kualiti bermula dari saya. Inilah yang perlu diterapkan kepada guru-guru j-QAF. Kecemerlangan murid bergantung kepada kami.
Model kawasan perusahaan Modenas.
Peace! Apa yang dimaksudkan, ntah la..
Tersusun rapi cover motosikal.
Ruang menyembur cat.
Komponen ekzos motosikal
Pembantu En Amri di dalam lawatan kami ini. Lupa nama apa ntah..
Proses menggilap. Tengok ikut cermin kaca.
Masing-masing berminat untuk melihat pekerja Modenas melalui cermin kaca.
Komponen di krom
Ekzos motosikal. Ar, komponen ni kenal la..
Bahagian jahitan kusyen. Bahagian ni ramai pekerja perempuan. Yang lain-lain, semua lelaki.


Di dalam kilang. Utamakan keselamatan.

Cikgu Roshita dan Cikgu Azlina berposing..
En Amri menerangkan komponen di bahagian enjin motosikal. Paham ke tu?

En Amri tak jemu-jemu memberi penerangan dan melayan keletah anak-anak.
Penat berjalan melihat macamana motosikal dipasang, lapaq la pulak...Jangan berebut! Tak habis aihhh nasi goreng tuuu..!
Bergilir mendapatkan nasi goreng. Time macam ni, memang sedap. Free pulak tu. Alhamdulillah. Terima kasih Modenas.

En. Amri sedang menyediakan cenderahati kepada rombongan kami
Ust Firdaus menerima cenderahati. Senyum lebaq noooo ustat...Dapat hadiah apa tu? Cuba teka!!
Cikgu Roslee mewakili SK Hosba menyampaikan hadiah kepada En Amri
Penulis dan Cikgu Roslee bergambar kenangan di dataran legar Modenas.

Bergambar kenangan di hadapan Masjid Al-Muttaqin, Taman Ria Sungai Petani. Rombongan berhenti solat Zohor berjemaah di sini.


Di dalam Carnivall. Pemandangan dan kemudahan yang menarik mampu menggamit kedatangan pengunjung

Para guru bersantai dahulu manakala peserta rombongan dah tak nampak muka dah. Semua dah terjun main ayaq.. Hehe!


Rock climbing dan abseiling juga disediakan kalau nak cuba.
Nak balik dah. Macam nak mai lain sebab pakai seluar track biasa. Tak dibenarkan naik tempat yang advanture. Rugi! Rugi!


BACA SETERUSNYA...