Sabtu, Mac 06, 2010

Guru Mungkin Diwajib Berkhidmat Di Sekolah Pendalaman, Kata TPM

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Kerajaan bercadang mewajibkan guru berkhidmat di kawasan pedalaman antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya langkah itu penting bagi mengatasi masalah guru yang enggan mengajar di kawasan pedalaman walaupun kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan insentif sebagai galakan.

"Saya berpendapat dalam tempoh 30 tahun perkhidmatan, mungkin tiga hingga lima tahun, mereka boleh berkhidmat di sekolah kawasan pedalaman sebagai satu kewajipan dan bukan sebagai satu pilihan," katanya dalam program wawancara 'Agenda Awani' siaran Asto Awani pada Selasa malam.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata guru perlu mengambil cabaran itu sebagai satu bentuk khidmat negara kerana akan wujud kepincangan dalam sistem pendidikan negara sekiranya semua guru hanya mahu berkhidmat di bandar.

"Ini sebagai satu cabaran kepada guru untuk berkorban demi kepentingan negara dan berkhidmat di kawasan pendalaman yang memerlukan perkhidmatan mereka," katanya.

Dalam program selama 45 minit itu, Muhyiddin berkata beliau juga komited untuk mengembalikan kecemerlangan sukan di sekolah walaupun ia akan mengambil masa yang agak lama untuk direalisasikan.

Katanya walaupun terdapat sekolah-sekolah yang tidak menpunyai prasarana sukan yang mencukupi seperti padang, ia bukan alasan untuk mengetepikan kepentingan sukan yang juga menjadi faktor penting dalam pembentukan siasah pelajar.

Katanya sasaran itu boleh dicapai dengan kerjasama dari semua pihak termasuk dari badan-badan korporat, universiti dan juga masyarakat tempatan.

"Misalnya kita boleh memeterai perjanjian persefahaman dengan Majlis Olimpik Malaysia supaya mereka boleh memberi tenaga jurulatih untuk membimbing guru-guru sukan di sekolah.

Dalam soal memperkukuhkan pembelajaran dan penguasaan Bahasa Inggeris, katanya, seramai 362 orang tenaga pengajar dari United Kingdom, Australia dan Kanada akan dibawa masuk untuk mengajar Bahasa Inggeris di semua maktab perguruan mulai tahun depan.

-- BERNAMA

1 comments:

Fakeh berkata...

Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA