Khamis, Julai 31, 2008

'PERTUBA' dipilih oleh PPD



Ketika sedang leka membuat persediaan akhir untuk Program Sambutan Isra’ dan Mikraj, Panitia Bahasa Arab SK Hosba mendapat surat PPD yang disampaikan oleh pentadbiran SK Hosba. Surat tersebut adalah mengenai Proposal Kajian dan Tindakan (KT).

Proposal bertajuk Program ‘Pertuturan Bahasa Arab yang Mudah ( PERTUBA ) yang dibuat oleh Panitia Bahasa Arab SK Hosba telah terpilih di peringkat Daerah Kubang Pasu dan dijemput ke Bengkel Pemurnian Proposal Kajian Tindakan tersebut di SMK Paya Kemunting pada 4 dan 5 Ogos 2008 iaitu pada minggu depan.

Tahniah ke Takziah?

Tahniah la kan sebab terpilih. Bukan senang nak terpilih macam tu. (agaknya la sebab bukan ramai yang terpilih tu)

Tapi takziah jugak kot. Sebab takdak pengalaman langsung dalam KT ni. Buat proposal tu pun, Cuma sekadar mencari pengalaman di peringkat sekolah ja niat mula-mula tu. Tapi tak sangka pulak dah terpilih di peringkat PPD. Heh!

Nak kena rujuk cikgu-cikgu yang berpengalaman la macam ni. Kat kawan-kawan pun kena pakat-pakat tolong jugak. Rasa macam nak rebah ja kalau pulun sorang-sorang. Hehe! Tapi kawan-kawan semua best. Tanya ja apa pun, mesti ada jawapan:-)

Selamat berKT la ye…


BACA SETERUSNYA...

Program Sambutan Isra' dan Mikraj Peringkat SK Hosba

Salam Isra’ dan Mikraj…

Hari ni SK Hosba mengadakan sambutan Isra’ dan Mikraj peringkat sekolah. Rasanya sekolah-sekolah lain pun pakat buat sambutan jugak kot. Tak gitu?:-)



Program pada hari ni ‘simple’ saja. Selepas rehat, murid tahun 3 hingga 6 masuk ke dewan sekolah untuk sesi ceramah. Penceramah jemputan adalah Tuan Haji Mohd Zain.


Antara isi kandungan yang di sampaikan oleh Tuan Haji Mohd Zain ialah Cinta Kepada Allah, nama-nama 10 malaikat yang wajib diketahui dan tugas-tugasnya serta memotivasikan murid-murid supaya rajin-rajin belajar dan mendalami ilmu agama. Murid-murid turut bernasyid bersama-sama dengan beliau apabila beliau mengalunkan nasyid-nasyid.

Beliau sentiasa memegang gula-gula semasa ceramah. Sepanjang masa ceramah ada soalan. Setiap soalan dapat hadiah gula-gula. Menarik ceramah beliau. Orang lama la katakan. Beliau merupakan bekas seorang guru. Jawatan terakhir beliau adalah Penolong Kanan Pentadbiran.





Manakala, murid tahun 1 dan 2, masuk ke surau untuk tayangan VCD sirah nabi. Best la boleh tgk VCD:-) Tayangan VCD dikelolakan oleh guru-guru praktikum dari IPDA. Mantap depa ni. Buat keja ‘smart’. Guru-guru tahap 1 pulak mengawas murid-murid.

Sambil tengok VCD, tanyangan akan di ‘pause’ sementara untuk soalan kuiz. Sape cepat angkat tangan, jawab betul, dapat hadiah! Isk2…best tu camtu. Macam nak tumpang jawab sekali je:-) Meriah…Meriah…

Selesai saja program, murid semua dibenarkan pulang kecuali murid-murid tahun 4 yang perlu tasmik pada hari ni. Walaupun berprogram, tasmik tetap berjalan. J-QAF tanpa gagal!

Semoga dengan sambutan Isra’ dan Mikraj pada tahun ini, dapatlah kita bermuhasabah diri dan meningkatkan amalan dalam hidup kita.


BACA SETERUSNYA...

Selasa, Julai 29, 2008

PKSR 3 ( Bulan Julai )

Hari ni adalah hari terakhir murid SK Hosba menghadapi PKSR 3. Manakala murid UPSR pula menghadapi Ujian UPSR peringkat negeri. Masing-masing pakat pulun jawab. Tak panggung-panggung kepala dah. Hehehe!

Ujian ni bermula hari ahad lepas dan berakhir hari ni. Esok cuti sempena Isra’ dan Mikraj. Boleh la murid-murid bercuti. Cikgu-cikgunya pulak boleh berehat sambil bersantai ‘marking’ kertas jawapan murid-murid.
Selamat Berjaya anak-anak murid sekalian yang disayangi…


BACA SETERUSNYA...

Ahad, Julai 27, 2008

Kem Bestari Solat Tahun 3 kali ke 3


Kem Bestari Solat Tahun 3 Kali ke 3 dah dilakukan dengan jayanya. Alhamdulillah..

Aktiviti program KBS seperti biasa, pagi pendaftaran, kemudian pembahagian kumpulan. Semua guru j-QAF dan guru GPI bersama-sama menggembeling tenaga untuk menjayakan KBS pagi kali ini.

Inilah barisan Penggerak KBS Tahun 3 Kali ke 3 ni. Ada lagi 2 orang ustaz yang gambar mereka tak termasuk sekali dalam ni. Harap maklum :-)

GPI yang hadir ialah

1) Ustazah Roziah

2) Ustazah CW Pauzidah

3) Ustazah Siti Fatimah

4) Ustaz Mohmad Shukri

Guru j-QAF pula ialah

1) Ustazah Norhayati

2) Ustazah Mariatul Kabariah

3) Ustazah Siti Rauzoh

4) Ustazah Hazirah

5) Ustaz Mohd Isa



Pada kali ini, banyak ditekankan mengenai doa selepas berwuduk dan juga bacaan ketika tahiyat akhir. Setiap murid dibekalkan dengan bahan bacaan. Lokasi bagi setiap kumpulan adalah mengikut keselesaan guru-guru bertugas ataupun di sebut fasilitator. Ada yang selesa di surau, ada yang selesa di kelas.
Seperti biasa KBS di bahagikan kepada 3 komponen iaitu, amali wuduk, amali solat perlakuan dan amali solat bacaan. Bagi amali wuduk, ramai peserta telah menguasai kecuali doa selepas wuduk yang sebilangannya masih belum menguasai.
Pada pukul 12.00 tengahari, semua peserta KBS melakukan amali wuduk dengan pantauan fasilitator masing-masing. Kemudian, peserta masuk ke surau untuk tayangan VCD. VCD yang ditayangkan adalah VCD yang dibekalkan oleh pihak JAPIM. Sepatutnya, VCD ditayangkan selepas pendaftaran. Namun, terdapat sedikit masalah teknikal menyebabkan tayangan VCD ditangguhkan.
Kemudian sekali lagi murid melakukan amali solat beramai-ramai di dalam surau sebelum murid bersurai.


BACA SETERUSNYA...

Khamis, Julai 24, 2008

Penyediaan Bahan Kursus dan Keterlupaan

Nak cerita pasal lupa. Balik dari PKG Sungai Limau, sampai di rumah baru Akmal di Taman Mahkota, belakang Yawata Bandar Darulaman, baru perasan tali leher ( neck tie ) ntah letak kat mana. Terus telefon kat Hafiz, dia dah keluar dari kereta dia. Dah masuk dalam rumah dia la agaknya. Besoknya SMS dia tanya ada dak tie tu, dia jawab TAKDAK. Isk2...ntah kat mana la letak. Di SK Hosba, saya menapak ke PKG Hosba. Mintak no fon PKG Sungai Limau kat kerani di situ. Alhamdulillah, dapat la no fon tu. Tapiiii, dok try fon 5 6 kali tak dapat-dapat. Takdak orang angkat. Ntah dah tukar no fon ke apa ke.

Petang kelmarin pukul 3.40 petang (mengikut jam HP saya), try fon lagi dan alhamdulillah dah ada orang angkat. Cikgu Din yang angkat. Tanya dia ada dak tie tu. Dia kata ADA! Fuh! Berjaya jugak akhirnya jumpa balik kat mana tie tu tertinggal. Lalu saya mintak dia passing hingga sampai ke JPN (Ustaz Rushdan la tu kena tolong). Nanti saya pi ambik di JPN.

Persoalannya, begitu beratkah tanggungjawab menjadi JLU sampai tie pun terlupa. Tak penah ada rekod tertinggal tie lagi sebelum ni. Satu tanggungjawab yang besar la agaknya kan bagi orang baru macam saya:-) Persoalannya lagi, kenapa tie tu begitu bermakna dalam hidup saya? Ada laaaa...;-)


BACA SETERUSNYA...

Rabu, Julai 23, 2008

Mesyuarat Penyedian Bahan Kursus j-QAF Negeri Kedah di PKG Sg Limau

23 Julai (kelmarin), saya dipanggil berkursus di PKG Sungai Limau, Yan bersama Jurulatih Utama (JLU) j-QAF dan Bahasa Arab Peringkat Negeri Kedah. Program dikendalikan oleh Ustaz Mohd Rushdan dan Ustaz Musa Jayyid dari JPNK.


Balik dari PKG Sg Limau, kami 9 orang termasuk ustaz Rushdan singgah di Telok Kechai. Pekena laksa dulu seround. Sedap jugak kalau orang dah belanja walaupun saya bukanlah penggemar laksa. Tak gemar ja, bukan tak makan. Kalau orang lanja tu ok ja. Hehe! Saya tumpang kereta Ustaz Hapit SK Taman Uda, bersama Ustaz Akmal dan Ustaz Nazri. Tapi bila nak bergerak balik dari Telok Kechai, Ustaz Somad PPDKP ajak naik kereta dia. Saya dan nazri pun naik ja la. Singgah hantar nazri di rumah dia, dapat buahtangan rambutan dan manggis. Pastu Ustaz Somad hantar saya balik ke rumah Akmal sebab kereta saya parking kat situ.

Lupa pulak nak bagitau yang belanja kami makan laksa Telok Kechai tu ialah Tuan Haji Mohd Rushdan. Mudah-mudahan murah rezeki beliau dan boleh la dia belanja kami lagi. Terima kasih daun keladi ustat nooooo...


BACA SETERUSNYA...

Isnin, Julai 14, 2008

Mesyuarat e-Pelaporan Peringkat Negeri Kedah

Artikel ini dipetik dari blog Ustaz Mohd Rushdan

13 Julai 2008, Saya menghadiri Mesyuarat Penyediaan Pelaporan Data 6 Bulan Pertama Pelaksanaan Program j-QAF Peringkat Negeri Kedah. Mesyuarat ini dihadiri semua pegawai j-QAF seluruh negeri Kedah. Turut menghadiri mesyuarat berkenaan ialah barisan JLU terhebat negeri Kedah yang terdiri seperti berikut :
Langkawi : Pakar Laman Web Us Tarmizi dan Us Rokhaimi
Kubang Pasu:Pakar SP/HSP Us Akmal dan pakar Forum Us Md Isa
Kota Setar: Pakar Robotik Us Hafiz dan pakar B.Arab Us Azizi
Kuala Muda/Yan:Us.Yaseer dan Us Nasir
Kulim.B.Baharu: si teruna Us Nur Ikhwan dan Us Wan Kamal
Baling/Sik: Pakar Data Us Shukri dan Us Lutfi
Padang Terap/Pendang: Us Ikhwan

Semoga keputusan dalam e-pelaporan nanti akan menunjukkan petanda positif dalam pelaksanaan program j-QAF Negeri Kedah
Sekian.

Daripada: Mohamad Rushdan Azizan


BACA SETERUSNYA...

Kursus Pemantapan Profesionalisme GPI dan GPI Program j-QAF

Pada hari sabtu (12/7/2008) yang lalu, Guru Pendidikan Islam dan Guru Pendidikan Islam Program j-QAF Kubang Pasu dijemput bersama Pengarah Pelajaran Negeri Kedah yang baru di Institut Perguruan Darul Aman. Ada beberapa slot disusun untuk kami untuk peningkatan profesionalisme demi untuk memantapkan PIPP Teras 4 iaitu Memantapkan Profesion Perguruan.

Kedatangan kami disambut oleh Urusetia Pendaftaran yang dikelolakan oleh PPDKP. Slot Pertama disampaikan oleh Ustaz Ayob dari PPDKS mengenai BIG. Apakah BIG? ‘Besar’? Oh! Nooo..! BIG tu Bacaan Ikut Guru. Oooo… Heh! BIG adalah perlaksanaan ketika P&P subjek Pendidikan Islam bagi murid yang belum menguasai silibus Program Khatam Al-Quran seperti yang telah ditetapkan oleh KPM.

Slot kedua adalah ucaptama oleh Yang Berusaha Tuan Pengarah Pelajaran. Beliau banyak memberi nasihat, teguran membina, dan juga motivasi kepada kami semua. Beliau terlalu asyik bersama kami sehingga melebihi masa yang ditetapkan. Hehe! Namun, tak menjejaskan apa-apa kerana program diadakan pada hari sabtu. Kami juga tak jemu mendengarnya kerana dalam serius beliau member ucapan, ada beliau selitkan celoteh jenaka.

Slot terakhir diisi oleh ustaz dari SMK Model Khas Baling. Beliau telah mendapat Gred Jusa C. Fuhhh! Respect lah kat beliau! Gaji dah RM12,000. Nak buat apa la agaknya duit banyak2 macam tu..:-) Beliau banyak memberi teknik-teknik ketika P&P dijalankan. ‘Lagi malas mengajar, lagi cemerlang’. Itulah kata-kata keramat beliau. Tapi bukan senang nak jadi ‘malas’ macam beliau.

Sayangnya buat masa ni belum ada gambar untuk dikongsi bersama. Nanti dah ada gambar, akan diuploadkan.


BACA SETERUSNYA...

Rabu, Julai 09, 2008

Selamat Bertugas di Sekolah Baru

Pada 1 Julai 2008 lalu, dengan rasminya mantan PKHEM (En. Mohd ‘Akib bin Ahmad) sekolah kami dinaikkan pangkat menjadi guru besar. Misi kami pada hari ini ialah berkonvoi menghantar beliau ke sekolah barunya di Lunas.

Perjalanan saya,Pak Ani pekerja, Guru Besar dan Penolong Kanan Kokurikulum bermula dari sekolah. Untuk berjumpa dengan pengiring yang lain, kami telah bersepakat untuk berjumpa di Dataran Gurun. Sampai saja di sana, kelihatan mantan PKHEM dan isteri, Penolong Kanan Pentadbiran (Pn Hajjah Mariam bt. Hamzah), Pn Zaidah, Pn. Roziah Mahmud dan Pn Hashimah sedang asyik menunggu kami.


Setelah mengalas perut (kononnya GB nak belanja, tapi takpa la. Bukannya mahal sangat setakat minum ja tu. Hehe..), kami teruskan perjalanan. Sebelum bergerak dari Dataran Gurun, mantan PKHEM telefon saya mengajak naik kereta bersamanya. Segan kot naik kereta berdua dengan isteri ja ke sekolah baru:-)

Apabila hampir sampai di sekolah barunya, terasa begitu ‘suspen’ (tumpang suspen je la..). Maklum la kan. Ke sekolah yang dengan pangkat yang baru. Pangkat ‘besar’ pulak tu. Hehe! Kami di sambut oleh PK1 SK Jalan Paya Besar dengan penuh hormat. Sekolahnya, mak aihhh…punya la besarrr. 1 200 orang jumlah muridnya. Jenuh ‘control’ la GB baru depa nanti…:-)

Sempat saya rakamkan gaya seorang GB baru. Memang layaklah jadi GB Cikgu Mat Akib ni. Tengok la tu… Hensem bersama ‘blazer’nya. Bersongkok, bermisai. Cengey ke agaknya GB ni? Hehe!:-)

Di sana kami dihidangkan dengan jamuan tengahari. Sedap jugak masakan kantin depa tu. Boleh pi selalu la kalau dekat. Tapi ni jauhhh. Dok saja-saja, takpi la orang Kedah kata:-). Kami pulang dengan ucapan dan doa kepada GB baru SK Paya Besar.

Dalam perjalanan pulang, GB SKH ajak singgah di Dataran Gurun sekali lagi. Saja rehat sat ambil angin, buang air dan minum. Sempat saya kirimkan SMS kepada Cikgu Mat Akib, “Tahniah di atas lantikan jawatan dan pangkat yang baru. Pastikan orang bawahan senang bekerja di bawah tuan seperti mana saya senang bekerja dengan tuan”. Beliau ‘reply’, “InsyaAllah”.

“SELAMAT MENGGALAS TANGGUNGJAWAB BARU. SEMOGA SEGALA USAHA DIBERKATI ALLAH”


Di bawah ni cikgu Rahman. PK1 di situ.






BACA SETERUSNYA...