Khamis, November 27, 2008

Pemeriksa Kertas Ujian Kemasukan ke SMKA Ambilan 2009

Tarikh : 26 dan 27 November 2008
Tempat : SK Kebun Pinang
26 November (Rabu), penulis ke SK Kebun Pinang bersama Ust Shahfirizal SK Kodiang. Beliau juga pemeriksa kertas ujian tersebut. Selepas mendapat taklimat dari Ust Harun JPNK, kami masing-masing pakat memeriksa kertas jawapan tersebut.
Macam-macam jawapan yang diterima. Ada yang lulus cemerlang, ada yang tak mampu mencapai 40%. Namun, semestinya untuk memasuki SMKA memerlukan markah yang cemerlang. Gambar di atas kelihatan Ust Shah sedang melepaskan dahaga. Penat ka ustattt? hehe!
27 November (Khamis), penulis lagi sekali ke SK Kebun Pinang bersama-sama Ust Shah. Hari ni tugas kami adalah untuk memasukkan markah ke dalam sistem data. Walaupun kami bertungkus lumus berusaha menyiapkan secepat mungkin, namun tak dapat juga kami menyudahkannya.
Hal ini disebabkan ada beberapa orang daripada jawatankuasa yang tidak hadir, menyebabkan tugas tak dapat diagihkan mengikut seperti yang dirancang. Terpaksa la pihak JPNK menyiapkan sendiri baki markah yang belum di ‘key in’.


BACA SETERUSNYA...

Bertugas 1 hari di SK Hosba

Selasa (25 November), penulis ke SKH untuk giliran bertugas 1 hari. Penulis bertugas bersama Cikgu Shukri. Tiada apa yang dapat penulis bantu kerana pihak pentadbiran SKH tidak sibuk, maka penulis berada di bilik guru membersihkan apa yang perlu.

Setelah tengahari pun tiada apa pun pertolongan diperlukan. Nampaknya, penulis menyiapkan urusan peribadi aje la... Hehe!

Pukul 2 setelah menunaikan Solat Zohor, penulis pun bertolak pulang ke rumah.


BACA SETERUSNYA...

Seminar Kajian Tindakan Peringkat Negeri Kedah.

Tempat : Hotel Grand Continental, Kuah Langkawi.
Tarikh : 22 hingga 24 November 2008.
Kehadiran : Pengamal Kajian Tindakan Negeri Kedah (sekitar 200 orang)
Penulis dan pengamal kajian tindakan yang lain berkampung di Langkawi selama 3 hari 2 malam. Penulis hadir selaku peserta sahaja. Boleh la mengambil pengalaman bagaimana seminar ini berlangsung.

Turut bersama-sama hadir ke Langkawi ialah Pn Noriza, guru SKH yang juga merangkap Jurulatih Utama Kajian Tindakan Negeri Kedah. Untung sekolah ada JU yang aktif ni. Boleh mendapat tunjuk ajar dengan betul. Penulis pun bertambah semangat untuk terus aktif dalam kajian tindakan ini pada tahun akan datang.

Penulis amatlah berharap, rakan-rakan j-QAF dan GPI dan yang pun turut bersama-sama aktif dalam kajian tindakan ni. Penulis berkata demikian kerana penulis melihat rakan-rakan mempunyai idea yang bernas lagi mantap kalau nak dibandingkan dengan penulis. Cuma mungkin tak tahu hendak salurkan ke mana. Kajian Tempatan ini lah antara tempat untuk menyalurkan idea kawan-kawan yang bernas tu.

Bagus diadakan seminar macam ni. Boleh berkembang minda kita. Dan kita boleh memperkembangkan lagi kepada rakan-rakan guru yang lain. Semoga usaha ini berterusan.


BACA SETERUSNYA...

Sabtu, November 15, 2008

Sekolah bercuti, kursus dihadiri

Musim cuti sekolah telah tiba. Inilah saat yang menggembirakan bagi murid-murid sekolah serta tak ketinggalan juga para guru. Mana tidaknya. Inilah masanya untuk masing-masing merehatkan diri dari bebanan tugas seharian.

Paling seronok adalah guru-guru yang tinggal jauh di luar negeri. Inilah masanya untuk pulang ke kampung halaman masing-masing membawa keluarga bersama. Ada di antara guru yang meminta pelepasan ketika diberi surat untuk berkursus. Penulis tak mahu komen apa-apa berkaitan hal ini. Rujuklah kepada pentadbiran. Mungkin ada jalan penyelesaiannya di situ.

Penulis sendiri telah mendapat 2 surat rasmi untuk bertugas pada musim cuti ini(tak termasuk urusan dengan SK Hosba). Surat pertama untuk berkursus berkaitan Kajian Tindakan di Langkawi (22-24 November) dan surat yang kedua pula dilantik sebagai pemeriksa kertas ujian bagi murid-murid yang memohon masuk ke SMKA di SK Kebun Pinang, Alor Star (26-27 November). 25 November pula penulis bertugas sehari di SK Hosba. Ini bermakna, seminggu penulis bertugas secara rasmi di musim cuti sekolah ini.

Namun, apa boleh dikatakan adalah,
Positifkan diri walaupun sibuk dengan kenduri.
Positifkan diri walaupun dirajuk anak dan isteri.
Positifkan diri demi kecemerlangan diri sendiri.

Selamat bercuti untuk semua. (untuk mereka yang bercuti sahaja).


BACA SETERUSNYA...

Mesyuarat Penyediaan Pelaporan Program Pendidikan Islam

Tempat : Puncak Janing Sentosa Campsite
Tarikh : 11 November 2008

Aktiviti 1 - Menyiapkan Laporan Kursus Pemantapan j-QAF dan Kursus Pendedahan SP dan HSP Bahasa Arab Tahun 2008
Aktiviti 2 - Membantu Pegawai Khas j-QAF menyiapkan laporan aktiviti j-QAF daerah seperti Majlis Khatam Al-Quran, Kem Literasi Al-Quran, Kem Bina Juara dan sebagainya.

Kehadiran :
1) Pegawai-pegawai dari JPN
2) Pegawai-pegawai dari PPD
3) Jurulatih Utama j-QAF Negeri Kedah

Gambar diatas ketika Majlis Penutupan. Penulis menerima cenderahati daripada Tn Hj Mohd Rushdan bin Azizan, Pen. Pengarah Pelajaran (Teras), JPNK.

Berita lanjut, sila lihat blog Tn Haji Mohd Rushdan di http://blogsppimkedah.blogspot.com/2008/11/mesyuarat-penyediaan-pelaporan-program.html


BACA SETERUSNYA...

Selasa, November 11, 2008

Kem Literasi Al-Quran Kali ke 3/2008

Isnin (10 November), akhirnya KLAQ Kali 3 selamat diadakan. Murid tahun 2, 3 dan 4 yang masih belum menguasai Iqra 4 telah menyertai kem pada kali ini.

Kem pada kali lebih meriah dengan kehadiran guru-guru KAFA. Ini bukanlah kali pertama barisan guru KAFA menolong program j-QAF. Tetapi pada kali ini lebih meriah dengan kehadiran mereka kerana ini adalah kem terakhir pada tahun ini.

Aktiviti kem adalah seperti biasa iaitu LDK dan menyiapkan lembaran kerja. Peserta kem nampaknya menunjukkan minat dengan diadakan kem seperti ini. Salah satu sebabnya adalah makan free. Hehe!

Rajin-rajin mengaji ye anak-anak. Kalau tak tahu, jangan malu bertanya.. :-)


BACA SETERUSNYA...

'Compile' Data E-Pelaporan Peringkat Negeri Kedah

Program diadakan di

Tempat : PPD Kulim
Tarikh : 9 November 2008

Bertolak dengan Ust Hafiz SK Taman Uda. Jenuh sesat juga nak cari PPD Kulim tu. Maaf la orang Kulim. Tak pernah pi ke PPD tu:-)

Compile data akhirnya siap pada pukul 3 petang. Data daerah masing-masing diserahkan kepada Ust Akmal. Hebat Ust Akmal ni.
Gambar di atas kelihatan Ust Wan Kamal senyum ceria. Kerja dah siap dan data dah tepat kot. Hehe! Masalah yang dihadapi oleh petugas di bahagian data j-QAF ini ialah, data tidak tepat seperti dikehendaki.

Selesai tugasan data, Ust Hafiz ajak ke Mukhayyam Bahasa Arab j-QAF Negeri Kedah bertempat di Kem PLKN Kulim. Alang-alang dah dekat, jom je la. Boleh jugak tengok kawan-kawan buat kerja.
Gambar diatas kelihatan Ust Anwar, Pegawai dari JPNK dan Ust Azizi, Ketua Fasilitator program, sedang menyiapkan tugasan.


BACA SETERUSNYA...

Majlis Perpisahan Tahun 6 dan Majlis Meraikan Guru Bertukar

Khamis (6 November), Setelah berpenat lelah menyiapkan data E-Pelaporan di sebelah siangnya hingga ke petang, bergegas pulak ke SK Hosba.
Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah diimamkan oleh Ust Mohmad Shukri. Seterusnya majlis bacaan Yasin juga dikhalifahkan oleh Ust Mohmad Shukri dan ucapan oleh wakil murid tahun 6 dan ucapan guru yang bertukar. Seterusnya solat Isyak berjemaah diimamkan oleh penulis.

Seterusnya adalah acara kemuncak iaitu jamuan. Macam-macam menu disediakan antaranya sate, laksa, nasi, kuih, pembasuh mulut dan juga buah-buahan.
Guru boleh membawa seisi keluara turut bersama-sama memeriahkan majlis. Ala-ala hari keluarga pulak.
Gambar di atas kelihatan barisan guru-guru lelaki sedang bergurau senda berjekana. Ntah apa la yg lawaknya tu. Hehe!

Nanti tahun depan nak cadang kat badan kebajikan staf supaya diadakan Hari Keluarga. Dah ada sekolah yang buat Hari Keluarga ni.


BACA SETERUSNYA...

'Compile' Data E-Pelaporan j-QAF Kubang Pasu

Program diadakan

Tempat : PKG Ayer Hitam
Tarikh : 6 Novermber 2008

Penggabungan berjalan dengan jayanya walaupun terdapat beberapa kesalahan pengisian data oleh sekolah-sekolah tetapi masalah itu dapat diselesaikan.

Tunggu penggabungan di peringkat negeri pulak la macamana nanti. Tetapi tak risau sangat kerana fasilitator E-Pelaporan di peringkat negeri Kedah pun terdiri dari kalangan fasilitator dari daerah Kubang Pasu juga. Habuan j-QAF Kubang Pasu la pakar E-Pelaporan ada di sini. Hehe


BACA SETERUSNYA...

Jumaat, November 07, 2008

Peperiksaan Akhir Tahun.

Pada 2 Nov hingga 4 Nov, murid SK Hosba menghadapi Peperiksaan AKhir Tahun. Tak ketinggalan juga murid tahun 6 yang turut bersama menduduki peperiksaan tersebut.
Pada peperiksaan kali ini, murid tahun 4 tidak lagi menjawab soalan Bahasa Arab. Mereka telah menjawab kertas tersebut ketika ujian PKSR menggunakan soalan yang dibekalkan oleh KPM. Minggu depan adalah minggu terakhir mereka belajar. Begitu juga dengan guru-guru, minggu depan adalah minggu terakhir mengajar.

Cuti sekolah…siapa tak seronok kan. Heheh!


BACA SETERUSNYA...

Ahad, November 02, 2008

Bengkel Pembinaan JSI Dalam Penyediaan Soalan Ujian

Sabtu (1 Nov), SKH sekali lagi mengadakan kursus dalaman bertempat di makmal komputer sekolah. Kali ini dikhususkan kepada pembinaan JSI. Beberapa panitia telah mengambil bahagian dalam pembinaan Jadual Spesifikasi Item (JSI) pada kali ini seperti Panitia Bahasa Melayu, Panitia Sains, Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Agama Islam (PAI).

PAI mengadakan kursus di kelas Tahun 3A. Hal ini akan memudahkan PAI membina soalan-soalan berdasarkan JSI yang dibina. Pada kali ini barulah terang dan nyata bagaimana JSI begitu membantu untuk guru-guru membina soalan mengikut aras dan jumlah soalan yang diperlukan.

Sebelum ini, penulis boleh dianggap jahil berkaitan JSI ini. Jutaan terima kasih kepada Ust Shukri dan juga Ustazah Hazirah yang telah menjadi fasilitator ketika sesi penerangan JSI.


BACA SETERUSNYA...

Kursus Khas Guru Pendidikan Islam Program j-QAF Fasa 1 2008


Khamis (30 Okt), satu kursus khas untuk Guru Pendidikan Islam Program j-QAF (GPI j-QAF) diadakan di Puncak Janing Sentosa. Peserta kursus khas tersebut adalah guru-guru GPI j-QAF kohort 2005 dan 2006 bagi daerah Padang Terap / Pendang (PTP) dan Kubang Pasu (KP).

Maka berkumpullah sekalian guru-guru j-QAF di Puncak Janing Sentosa tersebut. Teramatlah hairan bagi penulis tatkala menerima surat jemputan dari PPD Kubang Pasu. Bagaimana mungkin surat ber’kepala surat’ PPD KP menjemput GPI j-QAF KP menghadiri kursus di luar daerah. Sengaja mahu membawa guru-guru makan angin kah? Tetapi tatkala melihat sahabat-sahabat dari daerah PTP pun turut hadir ke kursus tersebut, maka fahamlah penulis akan keadaannya.

Kursus tersebut amatlah berguna bagi guru-guru yang ‘mahu menggunakannya’. Manakala, sekiranya bagi guru-guru yang tidak mahu menggunakannya, amatlah dirasakan kursus tersebut tidak memberi faedah apa-apa kepadanya.

Antara faktor yang ditekankan di dalam kursus tersebut adalah mengenai etika kerja seorang guru dan mengenai protokol yang perlu dipatuhi terutama mengenai etika berpakaian. Maka faham penulis akan etika berpakaian yang sebenar.

Pihak penganjur juga menyediakan ‘hard copy’ kursus tersebut. Namun, amatlah terkilan di hati penulis kerana buku tersebut diserahkan ketika masa pulang. Alasan penganjur, supaya peserta kursus tidak membelek sahaja buku tersebut ketika penceramah sedang berceramah. Logik juga alasannya. Namun, alasan penulis untuk terkilan adalah, sekiranya buku tersebut diserahkan terlebih awal, bolehlah peserta men‘dhabit’ terus di atas buku tersebut. Maka, takkan terpisahlah (hilang) dhabit itu dari kitab ‘turath’nya. Alasan penulis ini pun, logik juga bagi penulis:-)

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan kursus khas ini. Penulis amat menghargainya. Nanti tahun depan, jangan lupa jemput lagi. Hehe!


BACA SETERUSNYA...

Kem Bestari Solat (KBS) Tahun 1 dan 2 kali 4/2008.

Selasa (29 Okt) telah selesai diadakan KBS untuk sesi tahun ini. Murid tahun 1 dan 2 telah hadir beramai-ramai sebagai peserta kem.

Program dimulakan dengan makan tengah hari di kantin. Kemudian, peserta dipersilakan ke surau untuk solat Zohor berjemaah. Selesai solat, peserta dibahagikan kumpulan dan bergerak ke tempat yang telah ditetapkan mengikut fasilitator masing-masing untuk dilatih mengikut modul KBS seperti yang telah diarahkan.

Terima kasih kepada pihak pentadbir, rakan-rakan GPI dan GPI j-QAF yang bersama-sama menggembeling tenaga demi agama, bangsa dan negara.


BACA SETERUSNYA...

Ahad, Oktober 26, 2008

Berdaftarlah sebagai Ahli Forum j-QAF Kedah

Kawan-kawan, tak terasa ke nak join forum j-QAF Kedah? Bukan j-QAF pun boleh join la. Boleh bincang dan bagi pendapat kat situ. Bukannya susah pun nak daftar. Free ja. Heheh! Ikut la tutorial di bawah.

1) Layari http://jqafkedah.forumotion.com/

2) Klik REGISTER

3) - Ketentuan Registrasi. Sila klik "Saya Setuju dengan Ketentuan Ini"

4) Masukkan i) Username ii) Alamat E-Mail (pastikan e-mail anda aktif dan anda boleh menyemak inbox untuk mengaktifkan akaun anda) iii) Password. Klik KIRIM

5) Informasi Pendaftaran. Sila taip semula password yang anda pilih sebentar tadi. Tekan KIRIM

6) Terdapat paparan "Account Anda telah dibuat. Forum ini mengharuskan aktivasi account. Kunci aktivasi telah dikirimkan ke alamat yang Anda berikan. Silakan cek email Anda untuk keterangan lebih lanjut".

7) Sila semak e-mail anda. Di inbox akan kelihatan "Forum Komuniti j-QAF JPN. ‎Selamat Datang Pada Forum Forum Komuniti j-QAF JPN Kedah"

8) Klik link yang dipaparkan di dalam e-mail (berwarna biru) selepas "Account Anda saat ini tidak aktif. Anda tidak dapat menggunakannya sebelum mengikuti URL berikut:"

9) Terpapar "Account Anda telah aktif. Selamat bergabung"

Anda boleh log in sekarang menggunakan Username dan Password yang anda pilih sebentar tadi. Dengan ini anda telah menjadi ahli Forum j-QAF Kedah. Selamat berforum


BACA SETERUSNYA...

Kem Bestari Solat Kali ke 4 Tahun 3 dan 4

Khamis (23 Okt) telah diadakan KBS kali 4/2008 untuk murid tahun 3 dan 4. Guru-guru Pendidikan Islam dan Guru Pendidikan Islam Program j-QAF telah bertungkus lumus untuk menjayakan program tersebut yang bermula selepas sesi persekolahan pagi.
Alhamdulillah majlis telah berjalan yang jayanya walaupun terdapat sedikit kekeliruan pada mulanya di bahagian Jawatankuasa Makanan dengan pihak kantin.


BACA SETERUSNYA...

Sabtu, Oktober 25, 2008

Kursus Dalaman Aplikasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Sabtu ( 25 Okt ), SK Hosba mengadakan kursus dalaman di bawah Program Aplikasi ICT dalam P&P. Penceramah yang diundang untuk mengendalikan program ini ialah En Mazlan, pensyarah Kolej Matrikulasi Kedah di Changlun. Beliau merupakan bekas tenaga pengajar di SKH juga.

En Mazlan memberi kursus mengenai pengguna ‘software’ PowerPoint. PowerPoint seperti yang diketahui umum, digunakan untuk presentation (pembentangan). Banyak juga ilmu mengenai PowerPoint yang di’lambak’kan oleh En Mazlan. Ikut kecekapan guru-guru la sempat cekup atau tidak. Kalau tak sempat cekup, ilmu itu akan berlalu begitu saja la nampaknya. Antara ilmu PowerPoint ialah, penggunaan WordArt, Animation, Slide Design, Custom Animation, Speed di dalam Custom Animation, membina carta organisasi dan lain-lain lagi. Ilmu ini mungkin tak seberapa bagi guru-guru yang dah menguasai PowerPoint. Tetapi besar manfaatnya bagi guru yang baru hendak mengenali.


BACA SETERUSNYA...

Khamis, Oktober 23, 2008

Ihtifal j-QAF dan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Kedah

Sibuk pulak minggu ni. Tak sempat nak update blog. Sempat jengok2 je, tak sempat mengarang. Penulis ditugaskan bersama team Kuiz. Bertolak ke SMK Kuala Nerang dari hari jumaat 17 Okt lagi. Bermalam di sana semalam.

Majlis berlangsung di
SMK Kuala Nerang
18 Okt 2008

Cerita lanjut boleh la link ke Blog SPPI Kedah
Sila rujuk juga Keputusan Ihtifal


BACA SETERUSNYA...

Khamis, Oktober 16, 2008

Jawatankuasa Kuiz MKQ Negeri Kedah bermesyuarat lagi

Rabu (15 Okt) Team kuiz bermeeting lagi. Kali ni di JPN. Jawatankuasa yang hadir 3 orang sahaja iaitu penulis, Ust Akmal dan Ust Amir manakala Ust Hafni tak dapat hadir kerana ditugaskan menjadi pengawas peperiksaan PMR. Turut hadir bersama-sama ialah Pengelola bagi acara kuiz iaitu Ust Mokhtar, Pegawai Khas j-QAF PPD Kulim / Bandar Baharu.

Tiada apa yang terkini di dalam mesyuarat pada kali ini, Cuma untuk menyemak semula soalan-soalan yang telah disusun. Ini untuk memastikan sebarang kesilapan atau kesalahan berada di tahap sifar. Kini, soalan telah siap 100%.

Time lunch lak, Ust Rushdan bawak pi kat Pumpong. Orait jugak la makan kat situ pun. Janji free. Hehe! Nyam..Nyam...


BACA SETERUSNYA...

Khamis, Oktober 09, 2008

Sambutan Aidil Fitri 2008

Sambutan Hari Raya Peringkat SK Hosba meriah. Semua murid dihidangkan dengan pelbagai juadah seperti ketupat, lemang, bihun dan sate disamping menikmati kuih dan kek yang dibawa oleh guru dan murid. Kelihatan di bawah, para guru sedang 'merasa' dahulu juadah. Kiri sekali, Ust Hazirah dan ke3 dari kiri, Ust Mariatul (guru-guru j-QAF)
Di awal pagi, murid diberi taklimat perjalanan program pada hari ini oleh Penyelaras program iaitu Ust Mohmad Shukri. Kelihatan di bawah, Ust Shukri sedang memberi informasi dan arahan kepada murid (gambar kecil di kiriiiiiii sekali. Sementara yang sedang menuding jari tu adalah penulis. Hehe!)
Seterusnya murid bergerak ke tempat yang di khaskan untuk menikmati juadah. Di bawah kelihatan Ust Norhayati sedang menyiapkan minuman. Guru-guru j-QAF ditugaskan untuk menyiapkan minuman kepada semua yang hadir.
Sementara murid menikmati juadah, diselitkan pula Sampaikan Aidil Fitri iaitu menyampaikan ucapan kepada guru-guru SK Hosba termasuk Penolong Kanan dan Guru Besar. Penulis ditugaskan menjadi DJ pada hari ini :-) (tiada gambar)
Kelihatan Guru Besar turut bersama-sama dengan PIBG SKH untuk mengagihkan aiskrim kepada murid. (guru-guru pandai2 la pi cari sendiri aiskrim tu. Hehe!)
Gambar di atas kelihatan murid bersedia menikmati sate. Makan tu makan juga, doa jangan lupa baca dahulu. Amin...Nyam..nyam..
Akhir sekali, murid berkumpul dan bersalaman dengan guru-guru serta menerima sumbangan duit raya. Kelihatan gambar di atas, En Roslan sedang mengagihkan duit raya kepada murid. "Arr...jangan berebut. Semua akan dapat." "Selamat Hari Raya pakcik Roslan" "Selamat Hari Raya anak-anak"


BACA SETERUSNYA...

Isnin, September 29, 2008

Telatah Anak-Anak j-QAF Tahun 4 menjawab PKSR Akhir Tahun.

Adus! Pening kepala melihat gelagat anak-anak j-QAF Tahun 4 menjawab soalan PKSR Akhir Tahun. Tarikh pelaksaannya telah ditetapkan pada bulan 9 sebelum cuti raya (guru B.A j-QAF sedia maklum). Kalaulah guru j-QAF yang menjawab, mesti tiada masalah. Tetapi bila murid j-QAF yang menjawab, terfikir di hati penulis, ini ‘ujian’ ke ‘peperiksaan’.

“Ustat..Soalan ni susah la”, “Ustat..Jawapan soalan ni macamana?”, Ustat, awat periksa awai sangat?”. Inilah antara rungutan dan persoalan yang diajukan oleh anak-anak j-QAF. Apa yang penulis boleh jawab ketika itu ialah, “jawab la yang mana reti. Yang tak reti, nak buat macamana”.

Terdetik niat di hati untuk memberi ‘klu’ ataupun warm up dahulu soalan ini dengan mereka. Tetapi pada fikiran saya, lebih baik saya bersikap telus untuk PKSR ini supaya dapat menilai kemampuan sebenar murid. Biarkan mereka menjawab dengan penuh ketenangan. Atapun, biarkan mereka menjawab dengan penuh debaran. Biarkan mereka menjawab! Jangan ganggu mereka! “Murid-murid sekalian,sekiranya taktau nak buat macamana, sila bertanya. Tapi kalau tak tau nak jawab macamana, fikir-fikirkanlah..”.

Terlintas di fikiran, bagaimana la agaknya keputusan PKSR mereka ini nanti. Adakah peningkatan berbanding PKSR yang sebelum ni nanti. Adakah keputusan PKSR ini menjadi 100% bukti pencapaian mereka di tahun 4 ini. ATAU, adakah kaedah yang lain lagi untuk menilai pencapaian mereka?


BACA SETERUSNYA...

Khamis, September 25, 2008

PKSR Tahun 4

PKSR Tahun 4 telah selamat diadakan. 'Sakit' jugak budak-budak tu menjawab. Belum sempat check lagi. Cuti esok lusa ni la nampaknya marking. Kira aktiviti sebelum berbuka puasa la kot..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk semua. Maafkan segala kesalahan.. ;-)


BACA SETERUSNYA...

Rabu, September 24, 2008

Mesyuarat Pemurnian Bahan Majlis Khatam Al-Quran Perdana dan Kem Literasi Al-Quran Sek-Sek KPM Peringkat Negeri Kedah 2008




Isnin (22 Sept), penulis ke PKG Sungai Limau kerana menghadiri Mesyuarat Pemurnian Bahan Majlis Khatam Al-Quran Perdana dan Kem Literasi Al-Quran Sek-Sek KPM Peringkat Negeri Kedah 2008 bermula pukul 8.00 pagi. Peserta yang sepatutnya hadir adalah 35 orang. Sila rujuk blog SPPIM. Tetapi disebabkan ada dikalangan peserta yang tak dapat hadir kerana masalah masing-masing, maka jumlah tu tak sampai la 35 orang:-)

35 orang dipecahkan kepada beberapa bahagian mengikut ketetapan. Penulis ditugaskan untuk menyiapkan soalan-soalan kuiz MKQ peringkat Negeri Kedah bersama-sama dengan Ust Akmal, Ust Hafiz dan juga Ustaz Amir. Ada juga kumpulan untuk Kem Literasi Al-Quran dan juga menyiapkan kertas kerja untuk dibentangkan di peringkat kebangsaan.

Kalau sebut PKG Sg Limau, teringat la kat makanan dialas pinggan besar. Tapi dah bulan puasa, tak dapat la makan. Tapi dapat jugak kurma. Jadilah kan. Bukan la mengharap. Tapi benda free sapa takmau. Yang penting, kita hargai. Kan?:-)


BACA SETERUSNYA...

Khamis, September 18, 2008

Majlis Penyerahan Wang Zakat. Sumbangan Pejabat Zakat Kubang Pasu.

Khamis 18 Sept 2008 diadakan juga Majlis Penyerahan Wang Zakat .Wang Zakat disumbangkan oleh Pejabat Zakat Kubang Pasu.
Wang sebanyak RM 3,500 diperuntukan kepada murid SK Hosba. Pihak pentadbiran SKH telah mengenalpasti 35 orang murid yang layak menerima bantuan pada kali ini.
Majlis diadakan di Dewan SKH dan diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Guru Besar menyampaikan sendiri wang zakat tersebut. (harap maaf. Gambar di atas kurang memuaskan). Penulis ditugaskan menjadi juruacara pada majlis tersebut. (tiada gambar kerana penulis juga merangkap jurukamera)


BACA SETERUSNYA...

PKSR 3 Tahap 1

Molek jugak PKSR di bulan posa ni. Kawalan kelas terjamin dan tenaga guru dapat dijimatkan.. :-D tapi bukanlah nak berkira tenaga. Cuma tak la kering sangat kerongkong dok ngajar murid-murid tu. Walaupun begitu, tasmik tak ditinggalkan. Anggap la seolah-olah simpan tenaga untuk tasmik. Hehe!
Gambar di atas adalah murid-murid tahun 3 Amanah (kelas paling pandai) tekun menjawab PKSR subjek Sains. Guru Pengawas adalah Cikgu Wan Nurbaizura (praktikum IPDA).Diharap murid semua dapat menjawab dengan sempurna dan meningkatkan prestasi berbanding PKSR 2. Amiiinnn..


BACA SETERUSNYA...

Bantuan Pakaian Uniform.

Hari ini (Khamis 18 Sept 2008) adalah hari yang bertuah kepada murid yang layak menerima bantuan pakaian uniform. Semua murid berjumlah 129 orang yang diluluskan kepada SK Hosba. Bagi Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS, Guru Penasihatnya ada penulis sendiri), seramai 32 orang layak menerima, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) 28 orang, Pengakap 35 orang dan PBSM 33 orang.
Adalah diharapkan murid yang menerima bantuan ini tambah bersemangat untuk memberi komitmen dalam unit uniform masing-masing. Jutaan terima kasih kepada pihak yang berkenaan di atas bantuan yang diberikan.


BACA SETERUSNYA...

Selasa, September 09, 2008

PKSR dan UPSR

Kebetulan dengan bulan Ramadhan ni, murid-murid tahun 4 dan 5 menghadapi PKSR 4 manakala murid tahap 1 bermula hari Ahad minggu depan. Murid tahap 1 dibenarkan cuti mulai hari ini untuk memberi laluan kepada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Murid tahun 6 menghadapi UPSR bermula Selasa hingga Khamis. Moga-moga dengan berkat bulan mulia ni, dapat la budak-budak menjawab dengan tenang dan selesa. Amin..


BACA SETERUSNYA...

Khamis, September 04, 2008

Sembang Anak-Anak j-QAF di Bulan Ramadhan

Situasi 1 :
Ketika sesi tasmik di dalam kelas

Murid A : Ooo.. Hang tak posa. Hang kulum pensil.
Murid B : Aku posa la!
Murid A : Batal posa hang kulum pensil.
Guru j-QAF : (Mencuri dengar perbualan mereka)
Murid A : Ustaz, kalau masuk pensil dalam mulut batal posa dak?
Guru j-QAF : Dak.
Murid A : Kalau kulum?
Guru j-QAF : Dak.
Murid A : Kalau telan?
Guru j-QAF : Kalau telan batal la.
Murid A : Wei B! Posa hang tak batal.
Guru j-QAF : (tersenyum. Inilah anak-anak j-QAF)

Situasi 2 :
Murid j-QAF sedang beratur untuk pulang dari kelas tasmik. Murid Lelaki A memberi sebuah Al-Quran kepada sorang Murid Perempuan B.

Murid Lelaki A : Tolong pi hantar Quran sat.
Guru j-QAF : Dok mengorat anak dara orang pulak ( menyampuk perbualan Murid A dengan Murid B)
Murid Lelaki A : Pi hantaq sat. Aku posa, hang tak posa.
Murid Perempuan B : Aku posa la!
Guru j-QAF : Masing-masing hantaq Quran masing-masing (tersenyum)


BACA SETERUSNYA...

Sabtu, Ogos 30, 2008

Ihtifal Bahasa Arab Peringkat Sekolah Negeri Kedah Darul Aman

Ihtifal Bahasa Arab Peringkat Sekolah Negeri Kedah Darul Aman

Ihtifal diadakan;

Tarikh : 30 Ogos 2008

Masa : 9.00 pagi

Tempat : SMK Bandar Baru Darulaman, Bandar Darulaman.

Saya ditugaskan selaku penyelaras bagi acara hiwar (perbualan). Beberapa acara dipertandingkan pada hari ini termasuklah kalam jama'ie, syarahan, bercerita, mencari benda dan menulis karangan.

Kelihatan pegawai-pegawai dari JPNK (Ust Rushdan dan Ust Zulkifli) dan PPDKP (Ust Somad) menarik nafas kelegaan di Majlis Perasmian Penutupan. Majlis berjalan lancar la agaknya..:-)

Majlis Penutupan dirasmikan oleh Ustz Hajjah Kamariah Bt Isa, KPP Bahasa Arab, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Banyak informasi dan nasihat yang diberikan oleh Ustz Kamariah kepada para peserta. Antaranya, peluang menyambung belajar ke Universiti Al-Azhar dan masa depan yang cerah apabila mengikuti kuliah Pengajian Islam nanti di mana-mana IPT.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah. Banyak juga hadiah yang dimenangi oleh peserta dari daerah Kubang Pasu. Di bawah adalah Johan Kalam Jama'ie dari daerah Kubang Pasu


BACA SETERUSNYA...

Majlis Bacaan Yasin UPSR SK Hosba 2008

Majlis diadakan

Tarikh : 29 Ogos 2008
Masa : 4.00 petang
Tempat : Masjid Kampung Hosba

Masjid Kampung Hosba bertentangan dengan SK Hosba. Majlis turut dihadiri oleh Tuan Guru Besar SKH, guru-guru, para waris dan juga murid yang bakal mengambil UPSR pada bulan 9 nanti.

Majlis dimulakan dengan Solat Sunat Hajat. Seterusnya, Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil. Majlis berakhir selepas Solat Asar. Saya tak pulang ke rumah pun pada tengahari. Lepak di PKG mangakses internet. Kalau balik, membazir pulak minyak kereta. Hehehe!:-D

Sebelum pulang, hadirin mendapat buah tangan dari SK Hosba iaitu, mi rebus. Alhamdulillah.. Nyam..Nyam..:-)


BACA SETERUSNYA...

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat SK Hosba

Pada hari Khamis ( 29 Ogos ) yang lalu, SK Hosba mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan. Majlis bermula dengan perhimpunan di tapak perhimpunan. Murid mendengar Perutusan Ke Bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Acara yang diaturkan untuk murid-murid pada hari tersebut ialah


1) Senamrobik yang dikelolakan oleh guru praktikum. Meriah jugak bila semua murid bererobik. Tak ketinggalan guru-guru yang berminat untuk mengendurkan urat, termasuklah saya:-)

2) Melukis poster - Tahap 2

3) Mewarna - Tahap 1.

Murid disajikan dengan jamuan yang disediakan oleh pihak PIBG. Pihak PIBG datang memasak di sekolah. Meriah pulak jadinya. Tak ketinggalan, guru-guru dan pekerja juga turut dapat menikmati jamuan tersebut yang disediakan pada waktu tengahari.

Pada waktu rehat, guru dan pekerja menjamu selera di kantin kerana ada kenduri kesyukuran. Alhamdulillah..


BACA SETERUSNYA...

Rabu, Ogos 27, 2008

Taklimat Pendedahan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Kegunaan 2009 Peringkat Daerah Kuala Muda / Yan

Selasa (26/82008), ke Masjid Al-Muttaqin, Sungai Petani untuk turut bersama-sama di Taklimat Pendedahan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Kegunaan 2009 Peringkat Daerah Kuala Muda / Yan.

Sepatutnya saya bersama-sama dengan meraka bermula dari hari Isnin lagi. Tetapi oleh kerana PPDKP memerlukan khidmat saya untuk bersama-sama di Majlis Khatam Al-Quran.

Walaupun diadakan di masjid sahaja, tetapi air condnya cukup sejuk. Memang hebat apabila diadakan kursus di sini. Bukan sembarangan masjid ni. Tak terasa rugi mengikuti kursus di sini.

Slot saya pada pukul 8.30-10.00 pagi ialah Pendedahan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tahun 2. Slot seterusnya disampaikan oleh Ust Fauzi berkenaan Strategi P&P Bahasa Arab. Seterusnya oleh Ustz Normah berkenaan PKSR dan juga Pengenalan Buku Teks.

Program diserikan dengan kehadiran Ust Rushdan Pegawai dari JPN Kedah. Penyelaras program pada kali ini ialah, Ust Jamaludin Pegawai Khas j-QAF PPD KM/Y.

Perasmi Majlis Penutupan Rasmi taklimat pada kali ini ialah Ust Azizan, Penolong Pengarah PPD KM/Y. Banyak nasihat yang diberikan oleh beliau semasa menyampaikan ucapan kepada peserta.

Peserta diberikan sijil peyertaan oleh Ust Azizan


BACA SETERUSNYA...