Sabtu, Ogos 30, 2008

Ihtifal Bahasa Arab Peringkat Sekolah Negeri Kedah Darul Aman

Ihtifal Bahasa Arab Peringkat Sekolah Negeri Kedah Darul Aman

Ihtifal diadakan;

Tarikh : 30 Ogos 2008

Masa : 9.00 pagi

Tempat : SMK Bandar Baru Darulaman, Bandar Darulaman.

Saya ditugaskan selaku penyelaras bagi acara hiwar (perbualan). Beberapa acara dipertandingkan pada hari ini termasuklah kalam jama'ie, syarahan, bercerita, mencari benda dan menulis karangan.

Kelihatan pegawai-pegawai dari JPNK (Ust Rushdan dan Ust Zulkifli) dan PPDKP (Ust Somad) menarik nafas kelegaan di Majlis Perasmian Penutupan. Majlis berjalan lancar la agaknya..:-)

Majlis Penutupan dirasmikan oleh Ustz Hajjah Kamariah Bt Isa, KPP Bahasa Arab, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Banyak informasi dan nasihat yang diberikan oleh Ustz Kamariah kepada para peserta. Antaranya, peluang menyambung belajar ke Universiti Al-Azhar dan masa depan yang cerah apabila mengikuti kuliah Pengajian Islam nanti di mana-mana IPT.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah. Banyak juga hadiah yang dimenangi oleh peserta dari daerah Kubang Pasu. Di bawah adalah Johan Kalam Jama'ie dari daerah Kubang Pasu


BACA SETERUSNYA...

Majlis Bacaan Yasin UPSR SK Hosba 2008

Majlis diadakan

Tarikh : 29 Ogos 2008
Masa : 4.00 petang
Tempat : Masjid Kampung Hosba

Masjid Kampung Hosba bertentangan dengan SK Hosba. Majlis turut dihadiri oleh Tuan Guru Besar SKH, guru-guru, para waris dan juga murid yang bakal mengambil UPSR pada bulan 9 nanti.

Majlis dimulakan dengan Solat Sunat Hajat. Seterusnya, Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil. Majlis berakhir selepas Solat Asar. Saya tak pulang ke rumah pun pada tengahari. Lepak di PKG mangakses internet. Kalau balik, membazir pulak minyak kereta. Hehehe!:-D

Sebelum pulang, hadirin mendapat buah tangan dari SK Hosba iaitu, mi rebus. Alhamdulillah.. Nyam..Nyam..:-)


BACA SETERUSNYA...

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat SK Hosba

Pada hari Khamis ( 29 Ogos ) yang lalu, SK Hosba mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan. Majlis bermula dengan perhimpunan di tapak perhimpunan. Murid mendengar Perutusan Ke Bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Acara yang diaturkan untuk murid-murid pada hari tersebut ialah


1) Senamrobik yang dikelolakan oleh guru praktikum. Meriah jugak bila semua murid bererobik. Tak ketinggalan guru-guru yang berminat untuk mengendurkan urat, termasuklah saya:-)

2) Melukis poster - Tahap 2

3) Mewarna - Tahap 1.

Murid disajikan dengan jamuan yang disediakan oleh pihak PIBG. Pihak PIBG datang memasak di sekolah. Meriah pulak jadinya. Tak ketinggalan, guru-guru dan pekerja juga turut dapat menikmati jamuan tersebut yang disediakan pada waktu tengahari.

Pada waktu rehat, guru dan pekerja menjamu selera di kantin kerana ada kenduri kesyukuran. Alhamdulillah..


BACA SETERUSNYA...

Rabu, Ogos 27, 2008

Taklimat Pendedahan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Kegunaan 2009 Peringkat Daerah Kuala Muda / Yan

Selasa (26/82008), ke Masjid Al-Muttaqin, Sungai Petani untuk turut bersama-sama di Taklimat Pendedahan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Kegunaan 2009 Peringkat Daerah Kuala Muda / Yan.

Sepatutnya saya bersama-sama dengan meraka bermula dari hari Isnin lagi. Tetapi oleh kerana PPDKP memerlukan khidmat saya untuk bersama-sama di Majlis Khatam Al-Quran.

Walaupun diadakan di masjid sahaja, tetapi air condnya cukup sejuk. Memang hebat apabila diadakan kursus di sini. Bukan sembarangan masjid ni. Tak terasa rugi mengikuti kursus di sini.

Slot saya pada pukul 8.30-10.00 pagi ialah Pendedahan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tahun 2. Slot seterusnya disampaikan oleh Ust Fauzi berkenaan Strategi P&P Bahasa Arab. Seterusnya oleh Ustz Normah berkenaan PKSR dan juga Pengenalan Buku Teks.

Program diserikan dengan kehadiran Ust Rushdan Pegawai dari JPN Kedah. Penyelaras program pada kali ini ialah, Ust Jamaludin Pegawai Khas j-QAF PPD KM/Y.

Perasmi Majlis Penutupan Rasmi taklimat pada kali ini ialah Ust Azizan, Penolong Pengarah PPD KM/Y. Banyak nasihat yang diberikan oleh beliau semasa menyampaikan ucapan kepada peserta.

Peserta diberikan sijil peyertaan oleh Ust Azizan


BACA SETERUSNYA...

Majlis Khatam Al-Quran (MKQ) Peringkat Daerah Kubang Pasu.

Pada hari Isnin (25/8/08) yang lalu, diadakan Majlis Khatam Al-Quran (MKQ) Peringkat Kubang Pasu di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok. Majlis berlangsung 3 acara iaitu Kuiz j-QAF (peringkat akhir), Kalam Jama’ie dan Dikir Barat Bahasa Arab. Saringan MKQ telah dijalankan SK Sultan Ahmad Tajudin sebelum ini.

Majlis berlangsung dengan meriah. Dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ust Anwar dari JPN Kedah. Majlis dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah yang baru iaitu Tuan Haji Abu Yazit.

Saya bertugas pada hari tersebut selaku Moderator Kuiz. Bertugas bersama-sama dengan sahabat karib iaitu Ust Akmal dan Ust Nazri. Juga di bantu oleh Ust Wan Khairudin dan Ust Wan Afizan. Acara kuiz berlangsung dengan lancar walaupun ada sedikit kekurangan.

Juga turut bertugas pada hari tersebut, Ustz Mariatul Kabariah juga dari SK Hosba. Beliau ditugaskan menjadi Pengacara Majlis Perasmian Penutupan pada majlis tersebut. Inilah pengalaman pertama beliau mengacara Majlis Perasmian Penutupan. Tak apalah, timba pengalaman orang kata. Tapi bila dah nampak mantap tu, insyaAllah aktiviti-aktiviti yang ke hadapan nanti, kena jadi MC lagi. Heheh!


BACA SETERUSNYA...

Ahad, Ogos 24, 2008

Dijemput Pegawai Khas j-QAF PPDKP memantau 'venue' MKQ di SKBBS


Tadi lebih kurang pukul 9.45 pagi, saya dijemput oleh Ust Somad untuk memantau 'venue' MKQ. Tempatnya manarik. Saya turut serta atas tiket Jawatankuasa Kuiz, untuk memastikan acara Kuiz MKQ berjalan lancar.

InsyaAllah kuiz akan diadakan di Bilik Tayangan. Mujur kami pergi ke sana. Kalau tidak, kuiz akan dijalankan di dalam kelas sahaja. Padahal, Bilik Tayangan SKBSS ada air cond. Bukan salah sesiapa, cuma mungkin terlepas pandang. Alhamdulillah.

MKQ Daerah KP akan diadakan ;
Tarikh : 25 Ogos 2008
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Sk Bandar Baru Sintok ( berdekatan UUM )


BACA SETERUSNYA...

Rabu, Ogos 20, 2008

Sedia Berkhidmat

Bengkel Penyediaan Soalan Kuiz MKQSS Daerah Kubang Pasu 2008.



Cuti-cuti pun kerja jugak.
Tempat: PKG Ayer Hitam
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang

Kehadiran
1) Ust Abdul Somad PPD KP
2) Ust Akmal SK Seri Muda
3) Ust Nazri SK Siputeh
4) Ust Nawawi SK Kepala Batas
5) Ust Mohd Isa SK Hosba


BACA SETERUSNYA...

Mesyuarat Pra MKQ Peringkat Negeri Kedah 2008

Dipetik dari Blog Ust Haji Rushdan


19 Ogos- Pagi tadi berlangsung Mesyuarat Pra MKQ Peringkat Negeri di PKG Sg.Limau,Yan. Seramai 20 orang ahli mesyuarat yang terdiri daripada para pegawai SPPIM,JPN Kedah,Pegawai di PPD dan guru-guru hebat hadir ke mesyuarat tersebut. MKQ pada tahun ini dijangka akan diadakan di SMK Kuala Nerang pada 18 Oktober 2008.
Terima Kasih kepada semua yang hadir khususnya kepada guru-guru yang sanggup mengorbankan cuti dan masa rehat mereka. ANDA MEMANG WORLD! Terima Kasih!


BACA SETERUSNYA...

Perkhemahan Unit Uniform SKH 2008

Pada Hari Rabu hingga Jumaat (13 hingga 15 Ogos), SKH mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform bertempat di Gua Kelam 2. Gua Kelam 2 tu, bersebelahan ja dengan Gua Kelam 1. Saya seperti biasalah kalau perkhemahan sekolah, mesti saya menjadi Komandan Kem. Alasannya, saya pandai sikit dalam kawad kaki berbanding rakan-rakan yang lain.

Hari pertama (Rabu 13 Ogos), peserta berkumpul di dalam kawasan SKH berdekatan dengan pintu pagar. Masing-masing Nampak begitu bersemangat untuk mengikut perkhemahan. Peserta seramai 80 orang dengan 4 unit beruniform iaitu TKRS, PPIM, Pengakap dan PBSM. Mereka bertolak dengan 2 buah bas.
Sampai saja di Gua Kelam 2, peserta perkhemahan disambut dengan ‘salam perkenalan’ oleh saya sendiri. Salam perkenalan bermakna kawad kali pertama apabila tiba di kem la tu. Belum apa-apa, dah kawad. Memang begitu seperti yang diterapkan oleh Pusat Kokurikulum Singkir ketika saya mengikuti kursus dahulu. Salam perkenalan akan membentuk disiplin dan sahsiah peserta sepanjang mengikuti perkhemahan.Selesai salam perkenalan, peserta diagihkan khemah. Ada yang dapat sebuah khemah untuk 4 orang. Ada yang besar boleh muat sehingga 5 orang. Walau macamanapun khemah yang peserta dapat, mereka tetap ceria.
Kelihatan PKKK SKH sedang menaikkan kain rentang di tapak perkhemahan. Sibuk sungguh pegawai bertugas yang lain sehinggakan kain rentang pun PKKK yang pasangkan sendiri. Mujurlah PKKK bersemangat dalam hal perkhemahan ni. Tahniah PKKK!

Menjelang maghrib, peserta menunaikan solat maghrib berjemaah di dalam surau kompleks Gua Kelam 2. Besar juga suraunya. Ada aircond lagi… Iman dan kuliah meghrib dikelolakan oleh Ust Khairul Anam (guru praktikum IPDA). Selesai menunaikan solat Isyak berjemaah, peserta menjamu selera masakan ‘Chef Wan dan Chef Sham’. Fuh! Berselera sungguh makan malam. Mana taknya, dah penat-penat, berselera la makan. Jangankan peserta, pegawai perkhemahan pun sama naik. Hehehe!

Gambar dari kiri, Komandan Kem (berketayap), Ust Eismael, Ust Khairul Anam, C. Rahim (PKKK) dan Hafizi (juruteknik PAK SKH merangkap orang kuat PKKK dalam kem kali ini. Dia dan PKKK saling membayangi. Kat mana ada PKKK, ada la Hafizi ni. Dari urusan membeli khemah baru untuk perkhemahan, hinggalah urusan panjat memanjat pokok / tiang lampu di tapak perkhemahan, Hafizi lah orangnya. Hebat..Hebat..

Aktiviti pada malam pertama ini ialah Pertandingan Membina Gajet. Buluh disediakan dan telah siap dibelah. Peserta Cuma perlu memotong buluh jika perlu dan mengikat sahaja. Ada yang mengikat dengan kemas, ada yang longgar.

Kreatif juga peserta kita ni. Sehinggakan gajet stoking pun ada. Tak pernah saya dengar pun sebelum ni ada gajet stoking. Keh..Keh..Keh.. Pertandingan dikendalikan oleh Ust Mohmad Shukri.


Hari kedua (Khamis 14 Ogos), peserta dikejutkan pada pukul 5 pagi oleh Unit Kawalan Keselamatan Perkhemahan diketuai oleh Cikgu Shukri Ismail. Beliau bertugas bersama En. Saad. Selepas peserta mandi, masing-masing bergerak ke surau untuk menunaikan solat Subuh berjemaah. Imam dan kuliah Subuh dikelolakan oleh Ust Khairul Anam. Selesai solat, peserta diarahkan berkumpul untuk PT (Phisical Training) atau pun senaman pagi. PT dikendalikan oleh Ust Shukri.
Sepatutnya peserta akan bersenam robik pada pagi ni. Tapi oleh kerana Jurulatih bertugas belum sampai-sampai, terpaksalah Ust Shukri takeover. Ok la peserta boleh jugak bersenam walaupun tak robik..:-) Selesai PT, peserta diarahkan membersihkan keseluruhan kawasan perkhemahan yang digunakan. Kawasan-kawasan tersebut mesti bersih dari kotoran dan juga sampah. Kemudian, peserta bersarapan pagi. Menu pagi ini ialah mi goreng.
Aktiviti seterusnya ialah cara menggunakan kompas dan juga bearing. Ada yang faham, ada yang tak faham satu apa pun pasal kompas & bearing. Biasa la tu. Takkan 100% peserta akan faham. Kalau ramai yang faham kira ok la tu kan. Aktiviti ini dikendalikan oleh saya sendiri dibantu pegawai-pegawai bertugas. Di kalangan pegawai pun ada yang masih pening cara nak gunakan bearing. Keh..Keh..Keh..
Peserta berehat sebentar makan pau sebelum melakukan aktiviti seterusnya. Aktiviti kali ini ialah menaiki keretapi ke dalam gua (aktiviti yang ditunggu-tunggu), berjalan dalam gua dan menyelusuri laluan air di dalam gua. Kira adventure jugak la.

Perjalanan mengambil masa 2 jam dengan 90 anggota termasuk pegawai perkhemahan. Ada peserta yang mengambil kesempatan menjatuhkan diri ketika berada dalam air. Nak bagi basah la tu. Biasa la budak-budak. Hehehe!

Sampai ja di tapak perkhemahan, dah boleh makan tengahari. Berselera la makan dan penat-penat meredah gua dan laluan berair. Selesai solat Zohor, peserta bersedia untuk aktiviti seterusnya.

Rasanya kebanyakan peserta dah letih petang hari kedua ni. Mujur takdak aktiviti ceramah. Kalau tak, mau ada yang tersengguk-sengguk tanda faham:-) Aktiviti seterusnya ialah pertandingan memasak. Nama ja pertandingan memasak, tapi tak guna api pun. Pertandingan menyediakan sandwich. Dikendalikan oleh Cikgu Masniza.

Peserta dikehendaki menghiaskan hidangan sandwich masing-masing. Saya selalu Komandan Kem dan juga Penolong Kem Komandan, apa lagi, ambik kesempatan tidur la. Keh..Keh..Keh.. Peserta diserahkan 100% kepada pegawai bertugas.

Selesai Pertandingan Menyediakan Sandwich, peserta dibenarkan mandi di sungai. Bukan main girang lagi mereka. Setelah saya mengenal pasti kawasan yang selamat paras airnya tidak merbahaya, peserta dibenarkan masuk ke dalam air. Sekali mereka berkubang, keruh semua air kawasan tu. Hehe! Macam-macam.. Tapi betul la seperti kata PKKK, kesian pulak tak bagi mandi. Dah pi berkhemah di kawasan ada air..:-)

Peserta makan malam pada pukul 7.10 malam. Makan malam berseri dengan kehadiran Tuan Guru Besar SKH, En Md Nadzir bin Hashim. Beliau turur bersama-sama menjamah makanan di situ. Sedap ke tuan? Jarang-jarang makan nasi dalam hutan, sedap la kot no…:-)

Selesai makan malam, peserta bergerak ke surau untuk solat Maghrib, majlis bacaan Yasin dan solat Isyak. Bacaan yasin dikhalifahkan oleh Al-Fadhil Ust Mohmad Shukri. Turut bersama-sama ialah GB dan PKKK.

Ativiti seterusnya ialah antara aktiviti yang ditunggu iaitu Malam Kebudayaan. Malangnya, P.A System ‘spark’ dan menghasilkan bunga api. Pendek kata, terbakar la tu. Tak dapat la nak berkaraoke nasyid dan mendengar sketsa. Tetapi LCD projector dan laptop masih berfungsi dengan baik. Jadi, berkaraoke la para peserta tanpa pembesar suara. Hehehe! Sungguh membosankan pada malam tu. Para peserta pulak tak pandai nak meninggikan suara ketika berkaraoke dan bersketsa. Jadi, mereka berkaraoke dan berlakon, mereka je la yang dengar:-)Acara Malam Kebudayaan ini adalah pertandingan.

Setelah semua peserta melakukan tugasan masing-masing, diselitkan pula dengan tayangan gambar aktiviti yang peserta jalankan bermula haripertama hinggalah pada Malam Kebudayaan tersebut. Terhibur jugak la peserta selepas melihat gambar masing-masing terpampang di skrin. Jangankan peserta, pegawai pun seronok:-)

Hari ketiga, (Jumaat 15 Ogos) merupakan hari terakhir perkhemahan. Hanya 1 acara yang dipertandingkan pada hari ini iaitu Pertandingan Kawad Kaki. Caranya mudah sahaja iaitu berdasarkan ‘siapa salah dia kalah’. Setiap unit dikehendaki menghantar 6 orang wakil ke pertandingan. Komandan Kem memberi hukuman kawad dan peserta hendaklah berkawad dengan betul dan kemas. Siapa yang melakukan kesalahan, dikeluarkan dari pertandingan, sehinggalah tinggal seorang sahaja di padang kawad dan dialah yang mewakili unit uniform yang akan bergelar juara.

Selesai pertandingan kawad, acara yang terakhir ialah Majlis Perasmian Penutupan yang dirasmikan oleh wakil PIBG SKH. Semua peserta pkhemahan layak menerima hadiah. Cuma nilainya saja yang berlainan. Namun, asalkan dapat hadiah, jangankan peserta, sapa pun seronok. Heheh!

Terima kasih kepada semua yang terlibat membantu perkhemahan pada kali ni. Jutaan terima kasih kepada pegawai bertugas 3 hari 2 malam, pegawai bertugas syif, guru-guru praktikum IPDA (gambar di atas),barisan pekerja SKH dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan GB, Puan PK1 dan Tuan PKKK.


BACA SETERUSNYA...

Selasa, Ogos 12, 2008

Ust Nazri JLU jQAF Kebangsaan Berkunjung ke SK Hosba


Ahlan...Ahlan...
Ahlan Wasahlan Ya Habibi Ya Maulana...

j-QAF SKH hari ni bertuah kerna Ust Nazri SK Siputeh sudi berkunjung ke sini hari ni. Beliau datang kerana ada urusan berkenaan ICT. Tengok la gambar tu. Tengah khusyuk mengadap laptop tu. Jangan kacau dia. Hehehe!

Lokasi dalam gambar ni di Bilik Guru Lelaki SKH. Mai tengah-tengah hari ni taktau la nak jamu apa kat sekolah. Kena bawak pi makan kat luaq la kot. Heheh!

Kami pi makan tengahari kat restoran Joe Cendol Pulut. Ust Nazri lanja. Alhamdulillah la. Murah rezeki Ust Nazri.

Restoran Joe Cendol Pulut tu famous la area Hosba ni. Memang tak sah la kalau sapa yang lalu highway ke Bukit Kayu Hitam tak pekena cendol pulut kat situ. Nak bagitau ja. Bukan tolong promote :-)


BACA SETERUSNYA...

2 Orang Guru Baru Praktikum Dikenal Pasti


Arrr...dah dapat dah gambar ustaz berdua tu. Cuba lihat gambar mereka yang pakai tali leher tu. Nampak segak bergaya. Mereka sedang di 'briefing' oleh Ust Mohmad Shukri. Sorang bernama Ustaz Eismael ( nama ejaan macam tok arab. Mesti mantap ni ), dan sorang lagi bernama Khairul Anam ( nama yang tak kurang hebat jugak. Mesti mantap jugak ni ).

Ada juga mereka ambil kelas untuk P&P dari jadual saya. Murid tahun 4 Setia (kelas kedudukan kedua), Bahasa Arab akan diajar oleh Ust Eismael. Manakala, murid tahun 3 Amanah (kelas kedudukan pertama) akan diajar oleh Ust Khairul Anam.

Ahlan Wasahlan la kepada Ust berdua. Praktikum elok-elok. Apa-apa masalah, jangan malu bertanya. Betoi tak ustaz?:-)


BACA SETERUSNYA...

Isnin, Ogos 11, 2008

2 Orang Guru Praktikum Baru ke SK HOSBA

Kelmarin Ahad (10/08/08), SK Hosba menerima 2 orang guru pelatih praktikum dari IPDA. Mereka dari opsyen major Pendidikan Islam, minor Bahasa Arab dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Sempat bertegur sapa dan bersalam-salaman ja. Belum sempat bertanya nama. Ada juga nama mereka 2 tu di ‘nametag’, tapi tak perasan pulak apa nama mereka. Takpa, masa masih ada. Tempoh mereka praktikum selama 6 minggu. Sekejapnyer! :-)

SK Hosba juga akan mengadakan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform pada hari Rabu hingga Khamis akan datang. Kebetulan! Memang kebetulan! Jawatankuasa Perkhemahan (JK Kerohanian) memang sedang mencari ustaz untuk menyampaikan kuliah maghrib dan subuh. Molek benar la tu dengan kedatangan ustaz berdua. Selamat datang ke SK Hosba dan selamat berpraktikum. Selamat menjalankan tugas selaku penceramah. Semoga dengan kedatangan ustaz berdua, akan memberi sesuatu yang bermakna kepada SK Hosba dan akan menceriakan Perkheman Unit Beruniform nanti.

Belum sempat lagi nak bergambar dengan ustaz berdua ni. Takpa, masa masih panjang. Minggu depan cuti pulak kan. Untung ustaz berdua tak payah tulis RPH:-) GOOD LUCK Ustaz..


BACA SETERUSNYA...

Sabtu, Ogos 09, 2008

Taklimat Pendedahan SP dan HSP Bahasa Arab Peringkat Padang Terap / Pendang

Hari Selasa (06/08/2008), seawal jam 6.25 pagi saya dah bertolak ke SK Paya Mak Insun. Oleh kerana saya tak begitu terer mengenai jalan-jalan di daerah Pendang tu, terpaksalah saya menyusahkan Ust Azizi Jurulatih Utama Bahasa Arab Negeri Kedah untuk menjadi pemandu arah kepada saya. Apa nak buat… :-) Sampai saja di SKPMI, kelihatan Ust Abdul Somad telah berada di sana. Awal betul beliau sampai. Beliau diamanahkan untuk slot Percambahan Minda. Di SKPMI pada hari ini, diadakan Taklimat Pendedahan SP dan HSP BA SK daerah PTP. Manakala, JLU yang terlibat pada taklimat kali ini ialah;
1) Ust Azizi (Ketua Fasilitator)
2) Ust Pisal (GPI dan JLU Bahasa Arab) - JLU sejak 2003 lagi tau! Hebat! Hebat!
3) Ust Mohd Isa
4) Ust Tarmizi - Malangnya Ust Tarmizi menguzurkan diri pada kali ini. Tak dapat bersama:-)

Program pada hari pertama berjalan lancar. Pendaftaran dilakukan di kantin secara edaran sahaja. Nampak tidak begitu formal tetapi tidak menyusahkan, malah menyenangkan. Slot pertama di dewan dimulakan dengan percambahan minda oleh Ust Abdul Somad, Pegawai Khas j-QAF daerah Kubang Pasu. Banyak idea dan nasihat serta motivasi dicurahkan kepada peserta. Seterusnya slot pendedahan SP, oleh Ust Azizi. Kemudian Pendedahan HSP Tahun 1, juga oleh Ust Azizi. HSP Tahun 1 ni sepatutnya dibendang oleh Ust Tarmizi dari SK Padang Mat Sirat. Tetapi oleh kerana beliau menguzurkan diri, maka terpaksalah Ust Aziz meng’cover’ slot beliau. Kemudian taklimat Buku Teks Tahun 2 oleh saya sendiri. Kemudian pendedahan HSP Tahun 2, juga oleh Ust Azizi. Kesian Ust Azizi, sehari 3 ceramah. Kalau la ada komisyen, banyak yang beliau dapat ni :-)Hari kedua kursus, bermula dengan slot PKSR, dibentangkan oleh saya sendiri. Kemudian slot Makharij Al-Huruf. Oleh kerana Ust Tarmizi tiada, terpaksalah ‘import’ Ust Asyraf, JLU Iqra’ Negeri Kedah untuk membentangkannya dan disambung oleh Ust Azizi pada sesi petangnya.

Alhamdulillah, kursus berjalan lancar. Tambahan pulak, peserta kursus ramai daripada kenalan saya. Ada yang tak pernah jumpa langsung selepas posting dulu. Mudah-mudahan kursus ini boleh mengeratkan silaturrahim. Program tamat pada pukul 5 petang.

Habis kursus, Ust Nadzri Pegawai Khas j-QAF PTP ajak minum dulu. Follow aje la. Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Beliau belanja bihun sup. Sedap jugak..TQ ustaz…


BACA SETERUSNYA...