Isnin, Jun 30, 2008

Penolong Kanan HEM Bertukar dan Naik Pangkat

Hari ni hari terakhir PKHEM bertugas di SK Hosba. Beliau bertukar ke Kulim. Naik pangkat jadi Guru Besar. Best la dia. Sekolah mana tu tak perasan la pulak. Nanti esok lusa nak tanya dia sekolah mana.

Nanti tengahari ada majlis perpisahan bersama murid-murid dan juga guru-guru. Walaupun tugas beliau di bahagian HEM, namun j-QAF SKH terasa kehilangan juga. Beliau adalah seorang pemimpin yang berwibawa, berbudi bicara, boleh di bawa berbincang dan lain-lain lagilah. Pendek kata...beliau memang besttt lah. Bertuahlah sekolah mana yang dapat beliau menjadi guru besar.

Tahniah kepada En. Md 'Akib bin Ahmad. Jalankanlah tugas yang diamanahkan dengan cemerlang seperti di SK Hosba ini. Kepada sekolah yang beliau akan bertugas di Kulim nanti, jaga cikgu kami tu elok-elok tu nooo...:-)

0 comments: