Isnin, September 29, 2008

Telatah Anak-Anak j-QAF Tahun 4 menjawab PKSR Akhir Tahun.

Adus! Pening kepala melihat gelagat anak-anak j-QAF Tahun 4 menjawab soalan PKSR Akhir Tahun. Tarikh pelaksaannya telah ditetapkan pada bulan 9 sebelum cuti raya (guru B.A j-QAF sedia maklum). Kalaulah guru j-QAF yang menjawab, mesti tiada masalah. Tetapi bila murid j-QAF yang menjawab, terfikir di hati penulis, ini ‘ujian’ ke ‘peperiksaan’.

“Ustat..Soalan ni susah la”, “Ustat..Jawapan soalan ni macamana?”, Ustat, awat periksa awai sangat?”. Inilah antara rungutan dan persoalan yang diajukan oleh anak-anak j-QAF. Apa yang penulis boleh jawab ketika itu ialah, “jawab la yang mana reti. Yang tak reti, nak buat macamana”.

Terdetik niat di hati untuk memberi ‘klu’ ataupun warm up dahulu soalan ini dengan mereka. Tetapi pada fikiran saya, lebih baik saya bersikap telus untuk PKSR ini supaya dapat menilai kemampuan sebenar murid. Biarkan mereka menjawab dengan penuh ketenangan. Atapun, biarkan mereka menjawab dengan penuh debaran. Biarkan mereka menjawab! Jangan ganggu mereka! “Murid-murid sekalian,sekiranya taktau nak buat macamana, sila bertanya. Tapi kalau tak tau nak jawab macamana, fikir-fikirkanlah..”.

Terlintas di fikiran, bagaimana la agaknya keputusan PKSR mereka ini nanti. Adakah peningkatan berbanding PKSR yang sebelum ni nanti. Adakah keputusan PKSR ini menjadi 100% bukti pencapaian mereka di tahun 4 ini. ATAU, adakah kaedah yang lain lagi untuk menilai pencapaian mereka?

0 comments: