Khamis, Oktober 09, 2008

Sambutan Aidil Fitri 2008

Sambutan Hari Raya Peringkat SK Hosba meriah. Semua murid dihidangkan dengan pelbagai juadah seperti ketupat, lemang, bihun dan sate disamping menikmati kuih dan kek yang dibawa oleh guru dan murid. Kelihatan di bawah, para guru sedang 'merasa' dahulu juadah. Kiri sekali, Ust Hazirah dan ke3 dari kiri, Ust Mariatul (guru-guru j-QAF)
Di awal pagi, murid diberi taklimat perjalanan program pada hari ini oleh Penyelaras program iaitu Ust Mohmad Shukri. Kelihatan di bawah, Ust Shukri sedang memberi informasi dan arahan kepada murid (gambar kecil di kiriiiiiii sekali. Sementara yang sedang menuding jari tu adalah penulis. Hehe!)
Seterusnya murid bergerak ke tempat yang di khaskan untuk menikmati juadah. Di bawah kelihatan Ust Norhayati sedang menyiapkan minuman. Guru-guru j-QAF ditugaskan untuk menyiapkan minuman kepada semua yang hadir.
Sementara murid menikmati juadah, diselitkan pula Sampaikan Aidil Fitri iaitu menyampaikan ucapan kepada guru-guru SK Hosba termasuk Penolong Kanan dan Guru Besar. Penulis ditugaskan menjadi DJ pada hari ini :-) (tiada gambar)
Kelihatan Guru Besar turut bersama-sama dengan PIBG SKH untuk mengagihkan aiskrim kepada murid. (guru-guru pandai2 la pi cari sendiri aiskrim tu. Hehe!)
Gambar di atas kelihatan murid bersedia menikmati sate. Makan tu makan juga, doa jangan lupa baca dahulu. Amin...Nyam..nyam..
Akhir sekali, murid berkumpul dan bersalaman dengan guru-guru serta menerima sumbangan duit raya. Kelihatan gambar di atas, En Roslan sedang mengagihkan duit raya kepada murid. "Arr...jangan berebut. Semua akan dapat." "Selamat Hari Raya pakcik Roslan" "Selamat Hari Raya anak-anak"

0 comments: