Ahad, April 26, 2009

Kem Motivasi Jati Diri Tahun 6/2009 - Pendang Lake Resort BEST! (updated)

22-23 April (Rabu-Khamis), telah diadakan Kem Motivasi Jati Diri untuk murid tahun 6 SK Hosba diadakan di Pendang Lake Resort. Ringkas cerita, untuk memberi keyakinan diri kepada murid-murid untuk menghadapi UPSR yang bakal menjelang.

Hari Pertama.
Kaunter Pertanyaan yang sentiasa ceria menerima kehadiran tetamu.
Pemandangan indah di sekitar tasik. Boleh buat aktiviti berkayak dan flying fox bagi sesiapa yang berminat. Memancing pun boleh.
Lagi pemandangan di sekitar tasik. Tempat parking pun luas.
Blok penginapan kami. Best! Macam hotel. Murid pulak macam biasa, dalam dorm la depa tu..
Wajah peserta ketika kami (SKH) menyerahkan mereka kepada consultant.
Pagi rabu hingga pagi Khamis, kami menyerahkan aktiviti program kepada consultant. Gambar di atas, Ust Mokhtar bersama seorang fasinya.
Lagi 2 orang fasi. Tak rugi ikut Ust Mokhtar, tambah pengalaman.
Lagi 2 orang fasi. Minum je ke? Bihun ada tu...
Kanan, kelihatan PK1 Pn Hjh Siti Mariam sedang bersarapan. Beliau turut berkampung 2 hari 1 malam di Pendang Lake Resort.
Manakala di sebelah kiri, Cikgu Masniza Saleh, Penyelaras Program. Hebat beliau ni...

Makan bufet. Kena tadah minuman sendiri.
Peserta sedang menjamu selera. Dah baca doa ke belum tu?
Berselera nampaknya adik-adik kita. Sedap ke?
Riadah petang bersama abang-abang dan kakak-kakak fasilitator. Enjoy betoi budak-budak tu.
Budak-budak buat aktiviti, kami urusetia outing kejap. Jom ke pekan Pendang. Kita tengok apa yang ada.
Cikgu Saodah sedang mempromosikan mee karinya. Ni ketika kami pakat outing ke pekan Pendang untuk memesan makanan peserta. Alang-alang dah keluar, singgah menjamu selera dulu. Sedap jugak makanan kat sini. Jangan lupa kalau datang ke Pendang, singgah la medan kat depa Petronas. Promote sikit. Hehe..

Penulis pesan mee rebus. Tiru Abg Fizi order. Hehe!

Abg Fizi dan mee rebusnya. Yang lawaknya, kami tanya orang kat mana makanan sedap. Orang tu bagitau kat gerai ni mee goreng sedap. Tapi bila kami duduk, sorang pun tadak yang order mee goreng. Apa punya pesen daa..

Malam Muhasabah Diri.Siapa nak jaga ayah bila ayah dah tua nanti? Peserta tidak dapat menahan sebak. Berguguran air mata keinsafan.Oh Ayah! Oh Ibu! Anakmu ini memohon restumuSelama ini...
Ku Mencari-cari
Teman Yang Sejati
Buat Menemani
Perjuangan Suci


Abg Fizi (berkain pelekat) sedang bersantai di depan bilik penginapan. Kelihatan Sir Ismail dan Cikgu Roshidi menziarahi kami. Terima kasih buat kalian. Tiada apa yang boleh kami kasi melainkan roti planta dan drinking water. Hehe!

Hari Kedua.

Merentas Halangan
Panaskan badan dulu sebelum melakukan aktiviti lasak. Kang cekang urat pulak. Maklum la. Urat dah lama. Hehe!
Peserta sedang memanaskan badan. Bersemangat sungguh depa. Kuat betoi! Padahal semalam langsung tak tidur. Pulun bersembang...
Merentas halangan pertama. Berjalan di atas papan gantung.
Memanjat tembok. Baik-baik. Jangan sampai terjatuh. Kalau terjatuh, bangun sendiri OK!
Lagi halangan yang peserta perlu tempuhi. Best jugak kalau buat ramai-ramai nooo...

Budak-budak ni panggil ni aktiviti 'tarzan'. Lalu diterima pakai istilah ni dalam program kali ni. Ramai jugak yang tak lepas. So, berendam dalam air la nampaknya. Hehe!
Ala tentera merangkak. Mana la tau nanti jadi tentera berpangkat besar.
Bergayut. Yang ni pun ramai yang kantoi. Masing-masing pakat suruh kawan yang buat dulu. Hehe!

Berkayak.


Cikgu Roslee menjadi pengawal keselamatan murid berkayak.
Cikgu Ishak. Juga salah seorang pengawal.
Penulis berkayak sorang-sorang. Juga mengawal murid-murid.
Tengah syok-syok kayak sorang sorang-sorang, Guru Besar panggil ikut kayak dengan dia. Baik Tuan! Saya yang menurut perintah Tuan! Jommm...
Kelihatan Cikgu Nadzir GB SK Hosba sudah bersedia dengan dayung di tangan.

0 comments: