Sabtu, April 25, 2009

Kursus Sarjan TKRS dan KRS

Kursus Sarjan TKRS
Tarikh : 25-28 MAC 2009.

Tempat : SK Bukit Tinggi
Khemah peserta kursus
Kadet Sedang diuji slot bantu mula
Peserta sedang diuji Ikatan. Sedang diberi tunjuk ajar oleh Lt (KRS) Ku Nizan
Aktiviti rekreasi. Lt (KRS) Hassimah sedang menunjukkan cara untuk membuat roti lilit. Kelihatan penulis selaku pembantu beliau di sebelah.

Aktiviti rekreasi. Peserta kursus sedang memanggang roti lilit, telur kepal tanah, dan ubi keledek bakar. Sambil memerhati, "lalu ke kita nak makan nanti ni. Ish..Ish.."
"Boleh makan ke ni tuan?" "Boleh kadet. Silakan..."
"Eh! Bila dah makan ni, makan tak cukup pulak. Memang tak cukup kalau macam ni. Ikhtiar hidup leh makan macam ni, kira orait la..."
Penulis sedang meneliti fail senarai nama peserta cemerlang kursus.
Segak dan bergaya semua kadet-kadet dengan uniform kawat masing-masing.

Kursus Sarjan KRS
Tarikh : 8-11 APRIL 2009.

Tempat : SBPI Kubang Pasu, Bukit Kayu Hitam.
Kpt (KRS) Khairudin menjadi pembekal ayam pada kali ni.
Lt (KRS) Shahrifizal sedang melihat ayam. Lupa pulak nama ayam tu. Isi n tulangnya hitam. Ar, ayam selasih kalau tak salah. Bakal terkorban ayam ni nanti dalam aktiviti Mencari Arah.
Kpt (KRS) Ishak sedang menunjukkan teknik menyembelih dengan betul. Peserta dikehendaki menyembelih ayam masing-masing. Satu kumpulan seekor ayam.
Ayam terputus kepala! Macam ni ke Ust Ishak ajar? Rasanya bukan macam ni. Mujur ayam ni boleh dimakan.
Salah satu kumpulan mencari arah. Sedang menanti taklimat menyembelih.
Kadet Jamaliah. Bekas murid SK Hosba. Sekarang menuntut di SMK Hosba.
Ketika pegawai-pegawai yang lain menjalankan tugas di atas bukit sana, penulis mengambil kesempatan bergambar kenangan.

0 comments: