Sabtu, Mei 16, 2009

Antara Celoteh SMS Sempena Hari Guru.

Berikut SMS terpilih yang sampai ke telefon bimbit penulis sempena
Hari Guru 2009.

Daripada: Cikgu Roslee SK Hosba
Tunjuk ajarmu, adakalanya tiada yang peduli
Serak suaramu, ada ketikanya tiada yang mendengarnya
Penat lelah tiada yang ambil tahu
Namun kau tetap mendidik mereka
Walaupun ada saatnya hatimu tersentuh, terluka, tercabar
Kau teruskan jua
Kau umpama sang mentari pagi yang menyinari alam
Tanpa rasa jemu

Daripada: 012-452 ****
Salam buat teman seperjuangan
Sangat mulia kerja kita
Tapi kita sering dikata berkira
Sibuknya kita
Tapi sering dikata kita tak ada keje
Penatnya kita mendidik bang
Sering disebut guru kini sangat manja
Tapi kita tetap seorang guru yang setia
Teruskanlah perjuangan yang mulia ini
Ikhlaskanlah hati walau apa yang dikata
Ingatlah bahawa keredhaan Ilahi itulah yang dicari dan kekal abadi
Selamat Hari Guru

Daripada: Ust Wan Afizan SK Tunku Bendahara
Yang menghafaz itu guru Sejarah
Yang cakap berbunga itu guru Sastera
Teratur ayatnya, guru BM
Gelap kulitnya, guru PJ
Sopan orangnya, guru Sivik
Warak orangnya, guru Agama
Pelik orangnya, guru PS
Power cakapnya, Guru Besar
Tak pernah marah, guru Kaunseling
Hebat bahasanya, guru ETEMS
Banyak Tuisyennya, guru BI
Banyak 'claim' nya, guru SBT
Guru Pembina Negara Bangsa
Selamat Hari Guru

Daripada: Asri Bukit Jenun
Mak cakap, CIKGU macam MAGGI, makan masa susah
Ayah cakap, CIKGU macam D'SEEKERS, menakutkan
Atuk cakap, CIKGU macam ASTRO, macam-macam ada
tapi anak saya cakap, CIKGU macam L'OREAL, kerana dirimu begitu berharga!
Selamat Hari Guru

Daripada: Penghulu Sidek.
Banyak dapat BUNGA?
Tanda tugas guru mengharumkan dunia
Dapat PEN?
Tanda guru bijak melakar kata
Dapat PEMADAM?
Tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta
Dapat MESEJ?
Tanda guru sentiasa di ingatkan
Selamat Hari Guru
Guru Gemilang Negara Terbilang

Daripada: Thoiyyibah
Hidup sebagai guru
Tiap-tiap tahun dapat hadiah!
Hidup sebagai guru
Walau taknak keja, tetap kena kerah
Hidup sebagai guru
Kalau merotan siap la kena padah
Tapi jangan teringin dapat anugerah
Sebab itu hidup seorang guru sangat mudah
Dapat makan, pakai, hidup tidaklah mewah
Tapi cukup indah
Selamat Hari Guru

0 comments: