Rabu, Mei 27, 2009

Jamuan Hari Guru di DGCC, Bandar Darulaman

Tarikh : 18 Mei 2009 (Isnin)
Masa : 8.00 malam
Ust Shukri sedang menyampaikan ucapan sebagai guru yang berpindah keluar. Beliau satu-satunya guru yang keluar pada tahun ni.



Cikgu Roshidi sedang menyampaikan ucapan mewakili guru-guru yang berpindah masuk. Ramai juga guru yang berpindah masuk termasuklah, Ustz Che Olah, Ust Firdaus dan Cikgu Wan Ruhil Amal.
Semua warga sekolah dengan semangat integrasi menghadap hidangan yang sama. Terdiri daripada PKHEM, guru dan juga para pekerja.Kanan sekali, PK1 SK Hosba.
Kiri sekali, AJ/Kuasa PIBG.
Masing-masing rancak berbual. Ntah apa la agaknya yang rancak sangat tu.
Guru-guru perempuan. Juga rancak berbual sementara menunggu steamboat masak.
Ntah bila la nak masaknya steamboat tu cikgu?
Lagi meja guru perempuan. Segak-segak belaka nampaknya.
Chef Cikgu Azizah sedang menunjukkan kemahiran memasukkan makanan mentah.
"Tak lama lagi masak la ni..."
"Lambat lagi nak masak ni..."
Penulis. Seperti biasa, baca doa dan jadi MC. Macam malam ni, spontan je pengelola program bagitau penulis kena jadi MC. Takpa, orang berpengalaman, depa kata.
"Jemput makan semua"
Guru Besar sedang berdiri memerhatikan anak-anak buahnya cukup makanan atau tidak malam ni.
Kak cik Bedah dan Kak Za turut bersama-sama di meja kami. "Makan cikgu. Jangan malu-malu".
"Luak banyak dah tu Kak Cik. Tambah Kak Cik, tambah. Jangan tak tambah".
Ust Shukri sedang menerima cendahati daripada Majlis Staf. Sebelum Ust Shukri berpindah keluar, beliaulah pengerusinya. Gambar ni diambil spontan.
Gambar ni pulak tak spontan dah. Ustaz saja bagi chance kami ambil gambar untuk kenangan.
Tuan Guru Besar sedang menyampaikan ucapan ringkas.
Sudah dah makan. "Sedap noo cikgu?"
Wajah-wajah mereka yang berpuashati dengan kesedapan. Kenyang tak kenyang tu no komen la. Kenyang kot. Hehe!

Terima kasih daun keladi kepada penganjur. Jumpa lagi di jamuan tahun hadapan.

0 comments: