Selasa, Mei 26, 2009

Hari Guru SK Hosba dan Sukaneka (EDITED)

Tarikh sambutan : 17 Mei 2009 (Ahad)

Murid bersedia untuk meraikan Sambutan Hari Guru



Tahun ni ada transformasi sikit. Ada perarakan guru-guru dan AJK PIBG.
Guru-guru mula berarak diiringi bunga manggar.
YDP PIBG En Abd Gaffar sedang menyampaikan ucapan.
En. Abd Rahim menyampaikan perutusan KPPM.
Pn Hjh Siti Mariam sedang menyampaikan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia.
Tuan Guru Besar sedang menyampaikan ucapan
Kek Hari Guru diberikan oleh penaja.
Cenderahati Hari Guru oleh murid Pra Sekolah.
Cenderahati daripada Badan Pengawas pulak.
Lagi cenderahati. Kali ni sumbangan PIBG.
Tuan Guru Besar sedang memotong kek. Macam sedap tuuu...
Acara yang ditunggu-tunggu. Sukaneka guru dan murid. Kelihatan Cikgu Rosli sedang memasukkan air ke dalam botol menggunakan span. Cikgu Shukri selaku pengadil sedang memerhati.
Cikgu Masniza pulak menunjuk kemahiran memenuhkan botol air.
Tak boleh pi main bowling kat Aneka, boling kelapa ni pun aci la. Janji 10 pin. Hehe!
Cikgu Ku Jalilah menunjukkan kemahiran berjalan menggunakan tempurung. Sesuai digunakan ketika kasut dicuri.
Cikgu Rosli bukan setakat berjalan, tetapi berlari! Mantappp!
Ni acara baling-baling belon. Dalam belon tu ada ayaq. Magiknya, belon tu tak pecah walaupun jatuh. Lega banyaknya kumpulan yang terjatuh.
Ni pula acara dewan. Persembahan wakil murid 5 Amanah.
Ni pulak wakil murid 4 Amanah.
Ni pulak kumpulan dikir barat di dalam bahasa arab. Gong takdak. Belasah ja la drum pun.
Sebahagian daripada penonton yang setia. Sampai meleleh ayaq liuq sorang pengawas tu menyaksikan persembahan.
Sebahagian guru-guru wanita sedang menikmati juadah.
PK1, Pn Hjh Siti Mariam mendapat hamper cabutan bertuah.
Para pekerja juga menerima cenderamata sumbangan pihak sekolah.
Inilah pen sumbangan PIBG. Cun tak?
Penulis. Juga mendapat hamper cabutan bertuah. Alhamdulillah.

0 comments: