Ahad, Julai 27, 2008

Kem Bestari Solat Tahun 3 kali ke 3


Kem Bestari Solat Tahun 3 Kali ke 3 dah dilakukan dengan jayanya. Alhamdulillah..

Aktiviti program KBS seperti biasa, pagi pendaftaran, kemudian pembahagian kumpulan. Semua guru j-QAF dan guru GPI bersama-sama menggembeling tenaga untuk menjayakan KBS pagi kali ini.

Inilah barisan Penggerak KBS Tahun 3 Kali ke 3 ni. Ada lagi 2 orang ustaz yang gambar mereka tak termasuk sekali dalam ni. Harap maklum :-)

GPI yang hadir ialah

1) Ustazah Roziah

2) Ustazah CW Pauzidah

3) Ustazah Siti Fatimah

4) Ustaz Mohmad Shukri

Guru j-QAF pula ialah

1) Ustazah Norhayati

2) Ustazah Mariatul Kabariah

3) Ustazah Siti Rauzoh

4) Ustazah Hazirah

5) Ustaz Mohd Isa



Pada kali ini, banyak ditekankan mengenai doa selepas berwuduk dan juga bacaan ketika tahiyat akhir. Setiap murid dibekalkan dengan bahan bacaan. Lokasi bagi setiap kumpulan adalah mengikut keselesaan guru-guru bertugas ataupun di sebut fasilitator. Ada yang selesa di surau, ada yang selesa di kelas.
Seperti biasa KBS di bahagikan kepada 3 komponen iaitu, amali wuduk, amali solat perlakuan dan amali solat bacaan. Bagi amali wuduk, ramai peserta telah menguasai kecuali doa selepas wuduk yang sebilangannya masih belum menguasai.
Pada pukul 12.00 tengahari, semua peserta KBS melakukan amali wuduk dengan pantauan fasilitator masing-masing. Kemudian, peserta masuk ke surau untuk tayangan VCD. VCD yang ditayangkan adalah VCD yang dibekalkan oleh pihak JAPIM. Sepatutnya, VCD ditayangkan selepas pendaftaran. Namun, terdapat sedikit masalah teknikal menyebabkan tayangan VCD ditangguhkan.
Kemudian sekali lagi murid melakukan amali solat beramai-ramai di dalam surau sebelum murid bersurai.

0 comments: