Khamis, Julai 31, 2008

Program Sambutan Isra' dan Mikraj Peringkat SK Hosba

Salam Isra’ dan Mikraj…

Hari ni SK Hosba mengadakan sambutan Isra’ dan Mikraj peringkat sekolah. Rasanya sekolah-sekolah lain pun pakat buat sambutan jugak kot. Tak gitu?:-)



Program pada hari ni ‘simple’ saja. Selepas rehat, murid tahun 3 hingga 6 masuk ke dewan sekolah untuk sesi ceramah. Penceramah jemputan adalah Tuan Haji Mohd Zain.


Antara isi kandungan yang di sampaikan oleh Tuan Haji Mohd Zain ialah Cinta Kepada Allah, nama-nama 10 malaikat yang wajib diketahui dan tugas-tugasnya serta memotivasikan murid-murid supaya rajin-rajin belajar dan mendalami ilmu agama. Murid-murid turut bernasyid bersama-sama dengan beliau apabila beliau mengalunkan nasyid-nasyid.

Beliau sentiasa memegang gula-gula semasa ceramah. Sepanjang masa ceramah ada soalan. Setiap soalan dapat hadiah gula-gula. Menarik ceramah beliau. Orang lama la katakan. Beliau merupakan bekas seorang guru. Jawatan terakhir beliau adalah Penolong Kanan Pentadbiran.





Manakala, murid tahun 1 dan 2, masuk ke surau untuk tayangan VCD sirah nabi. Best la boleh tgk VCD:-) Tayangan VCD dikelolakan oleh guru-guru praktikum dari IPDA. Mantap depa ni. Buat keja ‘smart’. Guru-guru tahap 1 pulak mengawas murid-murid.

Sambil tengok VCD, tanyangan akan di ‘pause’ sementara untuk soalan kuiz. Sape cepat angkat tangan, jawab betul, dapat hadiah! Isk2…best tu camtu. Macam nak tumpang jawab sekali je:-) Meriah…Meriah…

Selesai saja program, murid semua dibenarkan pulang kecuali murid-murid tahun 4 yang perlu tasmik pada hari ni. Walaupun berprogram, tasmik tetap berjalan. J-QAF tanpa gagal!

Semoga dengan sambutan Isra’ dan Mikraj pada tahun ini, dapatlah kita bermuhasabah diri dan meningkatkan amalan dalam hidup kita.

0 comments: