Pada Hari Rabu hingga Jumaat (13 hingga 15 Ogos), SKH mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform bertempat di Gua Kelam 2. Gua Kelam 2 tu, bersebelahan ja dengan Gua Kelam 1. Saya seperti biasalah kalau perkhemahan sekolah, mesti saya menjadi Komandan Kem. Alasannya, saya pandai sikit dalam kawad kaki berbanding rakan-rakan yang lain.Hari pertama (Rabu 13 Ogos), peserta berkumpul di dalam kawasan SKH berdekatan dengan pintu pagar. Masing-masing Nampak begitu bersemangat untuk mengikut perkhemahan. Peserta seramai 80 orang dengan 4 unit beruniform iaitu TKRS, PPIM, Pengakap dan PBSM. Mereka bertolak dengan 2 buah bas.
Sampai saja di Gua Kelam 2, peserta perkhemahan disambut dengan ‘salam perkenalan’ oleh saya sendiri. Salam perkenalan bermakna kawad kali pertama apabila tiba di kem la tu. Belum apa-apa, dah kawad. Memang begitu seperti yang diterapkan oleh Pusat Kokurikulum Singkir ketika saya mengikuti kursus dahulu. Salam perkenalan akan membentuk disiplin dan sahsiah peserta sepanjang mengikuti perkhemahan.
Selesai salam perkenalan, peserta diagihkan khemah. Ada yang dapat sebuah khemah untuk 4 orang. Ada yang besar boleh muat sehingga 5 orang. Walau macamanapun khemah yang peserta dapat, mereka tetap ceria.
Kelihatan PKKK SKH sedang menaikkan kain rentang di tapak perkhemahan. Sibuk sungguh pegawai bertugas yang lain sehinggakan kain rentang pun PKKK yang pasangkan sendiri. Mujurlah PKKK bersemangat dalam hal perkhemahan ni. Tahniah PKKK!
Menjelang maghrib, peserta menunaikan solat maghrib berjemaah di dalam surau kompleks Gua Kelam 2. Besar juga suraunya. Ada aircond lagi… Iman dan kuliah meghrib dikelolakan oleh Ust Khairul Anam (guru praktikum IPDA). Selesai menunaikan solat Isyak berjemaah, peserta menjamu selera masakan ‘Chef Wan dan Chef Sham’. Fuh! Berselera sungguh makan malam. Mana taknya, dah penat-penat, berselera la makan. Jangankan peserta, pegawai perkhemahan pun sama naik. Hehehe!
Gambar dari kiri, Komandan Kem (berketayap), Ust Eismael, Ust Khairul Anam, C. Rahim (PKKK) dan Hafizi (juruteknik PAK SKH merangkap orang kuat PKKK dalam kem kali ini. Dia dan PKKK saling membayangi. Kat mana ada PKKK, ada la Hafizi ni. Dari urusan membeli khemah baru untuk perkhemahan, hinggalah urusan panjat memanjat pokok / tiang lampu di tapak perkhemahan, Hafizi lah orangnya. Hebat..Hebat..
Aktiviti pada malam pertama ini ialah Pertandingan Membina Gajet. Buluh disediakan dan telah siap dibelah. Peserta Cuma perlu memotong buluh jika perlu dan mengikat sahaja. Ada yang mengikat dengan kemas, ada yang longgar.
Kreatif juga peserta kita ni. Sehinggakan gajet stoking pun ada. Tak pernah saya dengar pun sebelum ni ada gajet stoking. Keh..Keh..Keh.. Pertandingan dikendalikan oleh Ust Mohmad Shukri.
Perjalanan mengambil masa 2 jam dengan 90 anggota termasuk pegawai perkhemahan. Ada peserta yang mengambil kesempatan menjatuhkan diri ketika berada dalam air. Nak bagi basah la tu. Biasa la budak-budak. Hehehe!
Sampai ja di tapak perkhemahan, dah boleh makan tengahari. Berselera la makan dan penat-penat meredah gua dan laluan berair. Selesai solat Zohor, peserta bersedia untuk aktiviti seterusnya.
Rasanya kebanyakan peserta dah letih petang hari kedua ni. Mujur takdak aktiviti ceramah. Kalau tak, mau ada yang tersengguk-sengguk tanda faham:-) Aktiviti seterusnya ialah pertandingan memasak. Nama ja pertandingan memasak, tapi tak guna api pun. Pertandingan menyediakan sandwich. Dikendalikan oleh Cikgu Masniza.
Peserta dikehendaki menghiaskan hidangan sandwich masing-masing. Saya selalu Komandan Kem dan juga Penolong Kem Komandan, apa lagi, ambik kesempatan tidur la. Keh..Keh..Keh.. Peserta diserahkan 100% kepada pegawai bertugas.
Selesai Pertandingan Menyediakan Sandwich, peserta dibenarkan mandi di sungai. Bukan main girang lagi mereka. Setelah saya mengenal pasti kawasan yang selamat paras airnya tidak merbahaya, peserta dibenarkan masuk ke dalam air. Sekali mereka berkubang, keruh semua air kawasan tu. Hehe! Macam-macam.. Tapi betul la seperti kata PKKK, kesian pulak tak bagi mandi. Dah pi berkhemah di kawasan ada air..:-)
Peserta makan malam pada pukul 7.10 malam. Makan malam berseri dengan kehadiran Tuan Guru Besar SKH, En Md Nadzir bin Hashim. Beliau turur bersama-sama menjamah makanan di situ. Sedap ke tuan? Jarang-jarang makan nasi dalam hutan, sedap la kot no…:-)
Selesai makan malam, peserta bergerak ke surau untuk solat Maghrib, majlis bacaan Yasin dan solat Isyak. Bacaan yasin dikhalifahkan oleh Al-Fadhil Ust Mohmad Shukri. Turut bersama-sama ialah GB dan PKKK.
Ativiti seterusnya ialah antara aktiviti yang ditunggu iaitu Malam Kebudayaan. Malangnya, P.A System ‘spark’ dan menghasilkan bunga api. Pendek kata, terbakar la tu. Tak dapat la nak berkaraoke nasyid dan mendengar sketsa. Tetapi LCD projector dan laptop masih berfungsi dengan baik. Jadi, berkaraoke la para peserta tanpa pembesar suara. Hehehe! Sungguh membosankan pada malam tu. Para peserta pulak tak pandai nak meninggikan suara ketika berkaraoke dan bersketsa. Jadi, mereka berkaraoke dan berlakon, mereka je la yang dengar:-)Acara Malam Kebudayaan ini adalah pertandingan.
Setelah semua peserta melakukan tugasan masing-masing, diselitkan pula dengan tayangan gambar aktiviti yang peserta jalankan bermula haripertama hinggalah pada Malam Kebudayaan tersebut. Terhibur jugak la peserta selepas melihat gambar masing-masing terpampang di skrin. Jangankan peserta, pegawai pun seronok:-)
Hari ketiga, (Jumaat 15 Ogos) merupakan hari terakhir perkhemahan. Hanya 1 acara yang dipertandingkan pada hari ini iaitu Pertandingan Kawad Kaki. Caranya mudah sahaja iaitu berdasarkan ‘siapa salah dia kalah’. Setiap unit dikehendaki menghantar 6 orang wakil ke pertandingan. Komandan Kem memberi hukuman kawad dan peserta hendaklah berkawad dengan betul dan kemas. Siapa yang melakukan kesalahan, dikeluarkan dari pertandingan, sehinggalah tinggal seorang sahaja di padang kawad dan dialah yang mewakili unit uniform yang akan bergelar juara.
Selesai pertandingan kawad, acara yang terakhir ialah Majlis Perasmian Penutupan yang dirasmikan oleh wakil PIBG SKH. Semua peserta pkhemahan layak menerima hadiah. Cuma nilainya saja yang berlainan. Namun, asalkan dapat hadiah, jangankan peserta, sapa pun seronok. Heheh!
Terima kasih kepada semua yang terlibat membantu perkhemahan pada kali ni. Jutaan terima kasih kepada pegawai bertugas 3 hari 2 malam, pegawai bertugas syif, guru-guru praktikum IPDA (gambar di atas),barisan pekerja SKH dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan GB, Puan PK1 dan Tuan PKKK.
0 comments:
Catat Ulasan