Sabtu, Ogos 30, 2008

Ihtifal Bahasa Arab Peringkat Sekolah Negeri Kedah Darul Aman

Ihtifal Bahasa Arab Peringkat Sekolah Negeri Kedah Darul Aman

Ihtifal diadakan;

Tarikh : 30 Ogos 2008

Masa : 9.00 pagi

Tempat : SMK Bandar Baru Darulaman, Bandar Darulaman.

Saya ditugaskan selaku penyelaras bagi acara hiwar (perbualan). Beberapa acara dipertandingkan pada hari ini termasuklah kalam jama'ie, syarahan, bercerita, mencari benda dan menulis karangan.

Kelihatan pegawai-pegawai dari JPNK (Ust Rushdan dan Ust Zulkifli) dan PPDKP (Ust Somad) menarik nafas kelegaan di Majlis Perasmian Penutupan. Majlis berjalan lancar la agaknya..:-)

Majlis Penutupan dirasmikan oleh Ustz Hajjah Kamariah Bt Isa, KPP Bahasa Arab, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Banyak informasi dan nasihat yang diberikan oleh Ustz Kamariah kepada para peserta. Antaranya, peluang menyambung belajar ke Universiti Al-Azhar dan masa depan yang cerah apabila mengikuti kuliah Pengajian Islam nanti di mana-mana IPT.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah. Banyak juga hadiah yang dimenangi oleh peserta dari daerah Kubang Pasu. Di bawah adalah Johan Kalam Jama'ie dari daerah Kubang Pasu

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum.syabas dan kagum melihat aktifnya jqaf di negeri kedah.Andai boleh ana bertanya,bagaimana boleh ana dapatkan kertas kerja untk program ikhtifal bahasa arab.Tapi,ana baru bercadang ingin melakukan diperingkat sekolah sahaja dulu.ada idea tapi tak ada guideline.mungkin boleh berkongsi dengan guru-guru di sana.Ana dari Selangor.andai ada bahan yang boleh dikongsi,boleh ustaz/ustazah sendkan ke email ana. munie82@yahoo.com.sg. JAZAKALLAH