Sabtu, Ogos 09, 2008

Kursus/Bengkel Penulisan dan Pemurnian Laporan Kajian Tindakan Peringkat Daerah Kubang Pasu 2008

Pada petang Isnin (04/08/2008) yang lalu, pukul 2 petang saya berada di SMK Paya Kemunting kerana menghadiri Kursus/Bengkel Penulisan dan Pemurnian Laporan Kajian Tindakan Peringkat Daerah Kubang Pasu 2008. Saya mewakili KT Bahasa Arab SK Hosba. Bersama dengan saya dari SK Hosba, cikgu Khairul Ezrin dari Panitia Bahasa Melayu dengan proposalnya bertajuk CAMAS ( Tulisan Cantik dan Kemas ).

Pada hari pertama bengkel, kami diberi pendedahan bagaimana untuk memurnikan Laporan KT masing-masing oleh Jurulatih Utama KT Kubang Pasu. Kami juga dibekalkan dengan contoh Laporan KT. Setelah ‘save’ di dalam ‘pendrive’, kami dikehendaki menyiapkan Laporan Kt tersebut di rumah. Sekiranya tidak lengkap, boleh sambung keesokannya.

Hari kedua (05/08/2008) di SMK Paya Kemunting, kami bersemangat memurnikan laporan masing-masing sebaik saja sampai di Bilik Mesyuarat bermula pukul 8.30 sehingga pukul 10.30 pagi. Selepas itu, kami dikehendaki membentangkan laporan masing-masing. Namun, bukanlah setiap peserta dikehendaki membentangkan laporan tersebut. Cuma secara sukarela sahaja. Setelah masing-masing berpuas hati, kami savekan laporan kami ke dalam pendrive JU KT daerah Kubang Pasu. JU Cikgu Shaharudin dari SK Kodiang banyak membantu saya dalam menyiapkan laporan KT pada kali ini. Terima kasih cikgu… Terima kasih JU KT daerah Kubang Pasu…

Namun, laporan KT PERTUBA ini belum selesai 100% dan terpaksalah saya menyusahkan Ustz Rauzoh untuk menyiapkannya dan menghantar kepada pihak PPD pada hari Khamis nanti kerana saya dikehendaki ke SK Paya Mak Insun keesokannya.

0 comments: