Sabtu, Ogos 09, 2008

Taklimat Pendedahan SP dan HSP Bahasa Arab Peringkat Padang Terap / Pendang

Hari Selasa (06/08/2008), seawal jam 6.25 pagi saya dah bertolak ke SK Paya Mak Insun. Oleh kerana saya tak begitu terer mengenai jalan-jalan di daerah Pendang tu, terpaksalah saya menyusahkan Ust Azizi Jurulatih Utama Bahasa Arab Negeri Kedah untuk menjadi pemandu arah kepada saya. Apa nak buat… :-) Sampai saja di SKPMI, kelihatan Ust Abdul Somad telah berada di sana. Awal betul beliau sampai. Beliau diamanahkan untuk slot Percambahan Minda. Di SKPMI pada hari ini, diadakan Taklimat Pendedahan SP dan HSP BA SK daerah PTP. Manakala, JLU yang terlibat pada taklimat kali ini ialah;
1) Ust Azizi (Ketua Fasilitator)
2) Ust Pisal (GPI dan JLU Bahasa Arab) - JLU sejak 2003 lagi tau! Hebat! Hebat!
3) Ust Mohd Isa
4) Ust Tarmizi - Malangnya Ust Tarmizi menguzurkan diri pada kali ini. Tak dapat bersama:-)

Program pada hari pertama berjalan lancar. Pendaftaran dilakukan di kantin secara edaran sahaja. Nampak tidak begitu formal tetapi tidak menyusahkan, malah menyenangkan. Slot pertama di dewan dimulakan dengan percambahan minda oleh Ust Abdul Somad, Pegawai Khas j-QAF daerah Kubang Pasu. Banyak idea dan nasihat serta motivasi dicurahkan kepada peserta. Seterusnya slot pendedahan SP, oleh Ust Azizi. Kemudian Pendedahan HSP Tahun 1, juga oleh Ust Azizi. HSP Tahun 1 ni sepatutnya dibendang oleh Ust Tarmizi dari SK Padang Mat Sirat. Tetapi oleh kerana beliau menguzurkan diri, maka terpaksalah Ust Aziz meng’cover’ slot beliau. Kemudian taklimat Buku Teks Tahun 2 oleh saya sendiri. Kemudian pendedahan HSP Tahun 2, juga oleh Ust Azizi. Kesian Ust Azizi, sehari 3 ceramah. Kalau la ada komisyen, banyak yang beliau dapat ni :-)Hari kedua kursus, bermula dengan slot PKSR, dibentangkan oleh saya sendiri. Kemudian slot Makharij Al-Huruf. Oleh kerana Ust Tarmizi tiada, terpaksalah ‘import’ Ust Asyraf, JLU Iqra’ Negeri Kedah untuk membentangkannya dan disambung oleh Ust Azizi pada sesi petangnya.

Alhamdulillah, kursus berjalan lancar. Tambahan pulak, peserta kursus ramai daripada kenalan saya. Ada yang tak pernah jumpa langsung selepas posting dulu. Mudah-mudahan kursus ini boleh mengeratkan silaturrahim. Program tamat pada pukul 5 petang.

Habis kursus, Ust Nadzri Pegawai Khas j-QAF PTP ajak minum dulu. Follow aje la. Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Beliau belanja bihun sup. Sedap jugak..TQ ustaz…

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

bunga teratai di dalam paya,
bunga telipok di dalam timba,
bang ca segak lagi bergaya,
itulah panglima jqaf sk hosba.

Unit j-QAF SK Hosba berkata...

Dari paya ke Seberang Nyonya
Pergi mengail ikan tenggiri
Tanpa Nama ni siapakah gerangannya
Tak sudikah perkenalkan diri.