Hari Selasa (06/08/2008), seawal jam 6.25 pagi saya dah bertolak ke SK Paya Mak Insun. Oleh kerana saya tak begitu terer mengenai jalan-jalan di daerah Pendang tu, terpaksalah saya menyusahkan Ust Azizi Jurulatih Utama Bahasa Arab Negeri Kedah untuk menjadi pemandu arah kepada saya. Apa nak buat… :-)
1) Ust Azizi (Ketua Fasilitator)
2) Ust Pisal (GPI dan JLU Bahasa Arab) - JLU sejak 2003 lagi tau! Hebat! Hebat!
3) Ust Mohd Isa
4) Ust Tarmizi - Malangnya Ust Tarmizi menguzurkan diri pada kali ini. Tak dapat bersama:-)Program pada hari pertama berjalan lancar. Pendaftaran dilakukan di kantin secara edaran sahaja. Nampak tidak begitu formal tetapi tidak menyusahkan, malah menyenangkan. Slot pertama di dewan dimulakan dengan percambahan minda oleh Ust Abdul Somad, Pegawai Khas j-QAF daerah Kubang Pasu. Banyak idea dan nasihat serta motivasi dicurahkan kepada peserta.
Hari kedua kursus, bermula dengan slot PKSR, dibentangkan oleh saya sendiri. Kemudian slot Makharij Al-Huruf. Oleh kerana Ust Tarmizi tiada, terpaksalah ‘import’ Ust Asyraf, JLU Iqra’ Negeri Kedah untuk membentangkannya dan disambung oleh Ust Azizi pada sesi petangnya.
Alhamdulillah, kursus berjalan lancar. Tambahan pulak, peserta kursus ramai daripada kenalan saya. Ada yang tak pernah jumpa langsung selepas posting dulu. Mudah-mudahan kursus ini boleh mengeratkan silaturrahim. Program tamat pada pukul 5 petang.
Habis kursus, Ust Nadzri Pegawai Khas j-QAF PTP ajak minum dulu. Follow aje la. Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Beliau belanja bihun sup. Sedap jugak..TQ ustaz…
2 comments:
bunga teratai di dalam paya,
bunga telipok di dalam timba,
bang ca segak lagi bergaya,
itulah panglima jqaf sk hosba.
Dari paya ke Seberang Nyonya
Pergi mengail ikan tenggiri
Tanpa Nama ni siapakah gerangannya
Tak sudikah perkenalkan diri.
Catat Ulasan